Home » , » RM386,000 dalam stokin

RM386,000 dalam stokin

San Ysidro: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kastam kerana menyorokkan wang AS$128,547 (RM385,641) di dalam stokinnya.
Antonio Rakigjija, 51, dan anaknya, Franco sebelum itu ditahan untuk pemeriksaan selepas pegawai kastam menemui sebotol kecil ganja di tempat duduk belakang keretanya.

Kedua-dua lelaki itu yang berkata tidak mempunyai apa-apa untuk diisytiharkan, memberitahu pegawai mereka berada di Mexico atas urusan perniagaan. Ketika pegawai melakukan pemeriksaan, Rakigjija tiba-tiba mengaku ada wang dalam stokin yang didakwa untuk urusan perniagaan. Jumlah wang itu mengejutkan pegawai dan dia ditahan atas tuduhan menyeludup wang tunai


Terima kasih kerana membaca RM386,000 dalam stokin. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



1 Komen:

  1. Emm yang gi sorok dalam stokin tu kenapa?haha

    BalasPadam