Home » » Senarai pemain untuk lawan Chelsea dan Barcelona.

Senarai pemain untuk lawan Chelsea dan Barcelona.

Bekas jurulatih berpengalaman, Datuk M Karathu menyifatkan senarai 27 pemain yang dipanggil untuk menyertai latihan pusat skuad Harimau Malaya menghadapi aksi persahabatan menentang gergasi Eropah, Chelsea dan Barcelona serta kelayakan Piala Asia 2015 lebih munasabah berbanding sebelum ini. Menurutnya, senarai yang dipanggil Datuk K Rajagobal adalah pemain daripada pasukan terbaik termasuk tujuh dari Kelantan yang menjuarai Piala FA, baru-baru ini.
 
Memang patut tujuh pemain itu dipanggil dan ini satu berita baik buat bola sepak Kelantan. Saya lihat senarai pemain yang dipanggil tepat dan saya percaya jurulatih (Rajagobal) ada rancangan terhadap keputusan memanggil pemain berkenaan.

Jurulatih kena merancang sesuatu untuk menyesuaikan perancangan pasukan dengan senarai pemain yang dipanggil. Jangan hanya panggil tetapi tidak diberikan peluang. Ketika menentang pasukan terbaik inilah masa yang paling sesuai untuk melihat kemampuan pemain, sama ada sesuai atau tidak dengan perancangan pasukan, katanya ketika dihubungi semalam.

Tujuh pemain The Red Warriors (TRW) yang dipanggil ialah Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi, Mohd Nor Farhan Muhammad, Azizi Matt Rose dan Mohd Fakri Saarani.
Melengkapkan senarai 27 pemain ialah Mohd Farizal Marlias (Perak), Mohd Amri Yahyah, Mahalli Jasuli, Norazlan Razali, Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy, S Kunanlan (Selangor), Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali dan Safiq Rahim (Johor Darul Takzim).

Turut dipanggil ialah Zubir Azmi, Ashari Samsudin (Terengganu), Amiridzwan Taj Tajudin, K Reuben (Tentera), Mohd Nizad Ayub, Nazmi Faiz Mansor (Selangor PKNS), Azamuddin Mohd Akil (Pahang), Mohd Nazrin Mohd Nawi (Negeri Sembilan) dan Fadhli Shas (Harimau Muda A).


Terima kasih kerana membaca Senarai pemain untuk lawan Chelsea dan Barcelona.. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



7 Komen:

  1. Sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk pasukan negara :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tgk kat kedai mamak semangat lain macam skit

      Padam
  2. kita tengok pemain negara beraksi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. diorang teror tapi strategi tak menjadi buat masa nih

      Padam
    2. mesti mau tukar strategi..nie.

      Padam
  3. Salah percaturan membawa padah ni..haha

    BalasPadam
  4. bestnya...hope banyak pengajaran utk pasukan kita ;)

    BalasPadam