Home » » Syarikat keselamatan: penting kah?

Syarikat keselamatan: penting kah?

Fuhhh.. dah lama taman tempat aku tinggal nih tak kutip bayaran security, tak tahu le kenapa kan. AJK sibuk ke apa. Tetapi baru-baru nih, security company dah tukar dan stiker kereta juga tukar la. Dulu bentuk bulat sekarang sudah jadi empat segi. Ekoran banyak kes curi, aku rasa benda ni penting untuk di titikberatkan sebab kalau berlaku kecurian, fuuhhhh... lagi banyak kerugian.

Semuga apa yang berlaku kepada denaihati dan pokdokkecil menjadi pengajaran kepada semua.



Stiker lama

Stiker baru.

 


Terima kasih kerana membaca Syarikat keselamatan: penting kah?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



9 Komen:

  1. harap dapat dielakkan la dari perkara tak diingini.. kat taman bro duduk sekarang xde pun security, tapi alhamdulillah la tiada rekod kecurian

    BalasPadam
  2. biar keluar sikit duit asalkan perumahan tu selamat :)

    BalasPadam
  3. dulu masa kami beli rumah kt sini kami ada amik khidmat mereka.lama kami stopka. padahal kami jarang ada rumah..tapi kami pikir jiran sederet kami ada yang tak berkerja.jadi insyallah bolehlah mereka tengokkan rumah kami.

    kami hentikan serta merta walau dalam hati tak keruan bila isteri dapat kerja. tapi lama2 kami berserah pada Tuhan. baca ayat kursi sebelum meninggalkan rumah...tutup pintu rumah..

    kes amat kami tak puas hati depa akan pusing2 depan rumah kita sambil naik atas motor pastu depa suluh depan rumah kita. itu sekitar jam 12 malam...lepas itu tak der buat round lagi.kami rasa sungguh tidak berbaloi..pasal bawa motor dia bawa slow..pastu pusing macam itu jer..kalau depa berhentikan motor ke..lalu depan rumah pusing depan dan belakang rumah ok juga..ini pusing depan rumah macam pusing sambil lalu jer.jadi kami bayar rasa macam tak setimpal dengan khidmat yang benar2 kami perlukan. rasa amat kecewa.

    tapi kami yakin tak semua pekerja keselamatan begitu. kalau ada lebih baik dari itu saya rasa mugkin akan ramai org amik pengawal keselamatan bukan untuk mereka dapat duit tiap2 bulan sahaja tapi mesto gak depa dpt jalankan tanggungjwab dg bersungguh-sungguh.bukan sekadar melepaskan batuk di tangga..

    BalasPadam
  4. Memang penting... Tapi diorang kene round jugak.

    BalasPadam
  5. iya lah kan, bayo2 tapi kalau ada kecurian, tuan tumah je taggung.. hehe.. tak bayo kan tak join komuniti pulak... bayo je ler... rm70 sbln seh....

    BalasPadam
  6. penting gak la..kalau ada pakcik security ni dah tentu motor kite tak hilang..hehe

    BalasPadam
  7. yap, bagi gua memang pennting sangat.

    BalasPadam
  8. tengok situasi juga...ada yang penting dan ada yang tak perlu..

    BalasPadam