Home » » Gambar telefon pintar murah Lenovo

Gambar telefon pintar murah Lenovo

Pengeluar barangan elektronik dari China, Lenovo kembali memperkenalkan produk telefon miliknya kepada pengguna. Kali ini, mereka memperkenalkan dua telefon pintar, Lenovo A706 dan Lenovo A390, mensasarkan untuk golongan menengah ke bawah.Lenovo A706, telefon pintar murah yang menggunakan prosesor quad core Qualcomm MSM 8225Q dengan kelajuan 1.2GHz. Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan RAM kapasiti 1GB dan memori dalaman sebesar 4GB.
menggunakan skrin IPS berukuran 4.5 inci yang menawarkan resolusi 854 x 480 piksel dan mendukung 16 juta warna. Selanjutnya, gajet ini dilengkapi kamera 5MP di bahagian belakang dan manakala bahagian hadapan hanya 0.3MP.
Lenovo A706 ini hadir dengan sistem operasi Android Jelly Bean 4.1.2 dan menyokong dual SIM kad. Manakala bagi Lenovo A390 ditujukan untuk pasaran bawahan tapi masih dengan prosesor dual core.


Prosesor yang digunakan adalah prosesor MTK6577 yang mempunyai kelajuan 1GHz. Tenaga prosesor ini akan disokong oleh RAM 512MB serta memori dalaman 4GB.

Untuk sistem operasi, Lenovo menyematkan OS Android Ice Cream Sandwich. Mempunyai skrin sentuh berukuran 4 inci yang mempunyai resolusi 480 x 800 piksel.

Tidak lupa telefon pintar ini juga mendukung dua SIM kad sekali gus.


Terima kasih kerana membaca Gambar telefon pintar murah Lenovo. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



1 Komen: