Home » , , , » Tempahan Proton Saga SV cecah lebih 12,000 unit

Tempahan Proton Saga SV cecah lebih 12,000 unit

Tempahan Proton Saga SV yang dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd. Jun lepas kini telah mencecah lebih 12,000 unit, kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Hisham Othman."Saya amat gembira. Ini satu angka yang amat memberangsangkan, produk yang Proton keluarkan menepati kehendak rakyat Malaysia," katanya kepada para pemberita di Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Warga Proton yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penasihat Proton di sini hari ini.
Beliau berkata, Proton Edar menjangka permintaan terhadap model SV ini akan terus meningkat kerana ia memberikan nilai kepada wang pembeli dengan ciri keselamatan seperti beg udara bagi penumpang hadapan biarpun harganya adalah RM5,000 lebih rendah daripada varian Saga sebelum ini.
Mengenai jumlah varian Saga SV yang telah didaftarkan, Hisham berkata pada awalnya sasaran hanya 2,000 unit sebulan tetapi pada bulan ini sejumlah 5,500 unit Saga SV telah didaftarkan.

Ditanya mengenai model Preve hatchback yang akan dikeluarkan, beliau enggan mengulas lanjut tetapi berkata model berkenaan akan muncul di pasaran pada tahun ini


Terima kasih kerana membaca Tempahan Proton Saga SV cecah lebih 12,000 unit. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 Komen:

  1. wah amat memberansangkan tu
    harap kualiti dia bertarap dunia...

    BalasPadam
  2. sb harga murah ramai yg mampu miliki

    BalasPadam
  3. bila murah ramai yang nak

    BalasPadam
  4. makn sesak la jalan lepasni huhu

    BalasPadam