Home » » Ular sawa masuk kedai

Ular sawa masuk kedai

Cairns: Polis Australia agak bingung melihat tempat kejadian jenayah yang bersepah termasuk satu lubang besar di siling dan cecair busuk sebelum menemui pihak yang bertanggungjawab seekor ular sawa sepanjang 5.7 meter. Ular besar itu mempunyai berat 17 kilogram dan ditangkap sehari selepas aduan mengenai pencuri dilaporkan di sebuah kedai kebajikan di Queensland. Kepalanya sebesar kepala anjing, kata Sarjan Don Auld, semalam. Sebelum mereka jumpa ular sawa itu, penyiasat berpendapat pencuri ada masalah psikologi serius dan sengaja meletakkan barangan bertaburan di sana sini dalam kedai St. Vincent de Paul di bandar Ingham.

Kami sangka ada orang jatuh dari siling. Mungkin orang itu muntah selepas jatuh. Itulah teori awal kami, kata Auld.

Syak naik ikut bumbung

Polis kini mengesyaki ular sawa itu naik mengikut bumbung yang rosak kerana taufan, dua tahun lalu.
Reptilia itu kemudian jatuh dari siling dan kena pada pinggan mangkuk serta pakaian sebelum membuang najis.

Ia tidak dikesan anggota keselamatan sebelum dilihat di tepi dinding keesokannya.

Seekor penangkap ular diminta menangkap reptilia itu yang dilepaskan di kawasan tanah pamah berdekatan.
AP.


Terima kasih kerana membaca Ular sawa masuk kedai. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



3 Komen:

  1. Salam. Tu belum periksa keadaan dalam bumbung macamana. Mungkin ada telur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahaks... bahaya2 dan geli gelemen

      Padam
  2. Ular sawa tue cari aiskrim kot

    BalasPadam