Home » , » Bayar sewa rendah jika kurus

Bayar sewa rendah jika kurus

OSAKA - Sebuah apartmen di Jepun mengenakan kadar sewa berdasarkan berat badan penyewanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.Terletak di sini, bangunan apartmen The Lady Share House B&D merupakan satu-satunya pangsapuri yang diduduki sepenuhnya oleh wanita.Persatuan penghuni pangsapuri itu mengadakan perjanjian dengan pemilik hartanah yang mana kadar sewa apartmen ditetapkan berdasarkan turun naik berat badan penyewanya.
 
Penyewa yang memiliki berat badan berlebihan akan membayar sewa tinggi dan sebaliknya.
Pemilik hartanah itu bersetuju menurunkan kadar sewa sebanyak 1,000 yen (RM33) untuk setiap satu kilogram berat badan yang diturunkan secara tetap untuk tempoh tiga bulan.
 
kredit: kosmo.com.my
 
 
Bangunan apartmen itu turut dilengkapi sebuah studio senaman dengan kelengkapan bersenam sebagai langkah untuk membantu penyewa menurunkan berat badan.
Pemilik kediaman tersebut turut menawarkan diskaun untuk alat solek, makanan ringan dan kursus pengurusan badan secara percuma.
 


Terima kasih kerana membaca Bayar sewa rendah jika kurus. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



3 Komen:

  1. wow bagusnya pendekatan ni :D

    BalasPadam
  2. Kalau apply kat malaysia mcm ni, rasa ok gak..hahaha..baru ramping selalu rakyat malaysia..

    BalasPadam