Home » , , , » Google buang app kesan kekasih

Google buang app kesan kekasih

RIO DE JANEIRO: Warga Brazil marah selepas mengetahui negara mereka menjadi sasaran perisikan Amerika Syarikat membabitkan panggilan dan emel.Bagaimanapun, mereka memberi reaksi berbeza kepada program mengesan kekasih, sebuah app yang diperkenal Google, minggu lalu.
App itu diberi nama ‘Rastreador de Namorados’ (bermaksud mengesan teman lelaki) dan berjanji bertindak umpama penyiasat dalam poket kekasih. Tetapi, Google terpaksa membuang app berkenaan selepas mendapat protes ramai pengguna yang menganggapnya satu pencerobohan hak peribadi. Antara fungsi app itu termasuk membenarkan seseorang mengesan lokasi kekasih mengetahui di mana pasangan mereka berada selain menyampaikan lokasi mereka.

Ada juga ciri tertentu membenarkan pengguna secara diam-diam mengunci telefon yang disasarkan untuk mendengar perbualan. Beberapa app sama digunakan di negara lain termasuk Eropah dan Amerika Syarikat.


'Boyfriend tracker' dituduh langgar hak peribadi


Bagaimanapun, ‘Boyfriend Tracker’ adalah yang pertama memberi impak di Brazil.
“Orang Brazil kuat cemburu. Sudah tentu app itu boleh popullar,” kata Marcia Almeida, 47. Perkahwinannya berakhir tujuh tahun lalu kerana suaminya curang.

“Ini berbeza dengan perisikan. App ini membolehkan anda memeriksa seseorang yang anda kenali,” katanya.

Pengkritik berkata, app seperti itu menceroboh hak peribadi mangsa dan boleh digunakan untuk tujuan lebih buruk seperti mengekori orang lain. Ada juga pihak tertentu di Brazil berkata, app itu melanggar larangan mengganggu orang lain sejak April lalu selepas gambar bogel aktres Brazil, Carolina Dieckmann, didedahkan penggodam kerana dia enggan membayar wang AS$5,000 (RM15,000) pada tahun lalu. - AP ( Sumber ).


Terima kasih kerana membaca Google buang app kesan kekasih. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



3 Komen:

  1. susah la nak pasang kayu tiga nanti,wakakaka

    BalasPadam
  2. ooo ada niat ya,,, nakal2

    BalasPadam
  3. Pasang kat anak bagus app ni. Kalau guna utk kebaikkan baiklah jadinya..

    BalasPadam