Home » » Keranda dibiar reput ‘buka’ jalan ke syurga

Keranda dibiar reput ‘buka’ jalan ke syurga

Beijing: Ratusan ribu keranda kayu dibiarkan reput dalam gua di China kerana penduduk setempat percaya ia dapat membuka jalan kepada si mati berangkat ke ‘syurga.’Tradisi aneh itu diamalkan penduduk Anshun di wilayah Guizhou, barat daya China sejak zaman purba.Bagi setiap gua yang ada di lereng curam tanah tinggi di Anshun ada lebih 500 keranda disusun di situ secara berlapis-lapis.

Menurut penduduk setempat “gua keranda” itu menjadi kegunaan lima perkampungan berhampiran sejak sekian lama. Mereka adalah penduduk dari tengah China yang berpindah ke kawasan pergunungan di Guizhou beberapa abad lalu kerana lari dari perang.

Disebabkan berharap dapat kembali ke kampung satu hari nanti mereka tidak mengebumikan saudara-mara yang mati sebaliknya menyimpan mayat mereka di dalam gua supaya ia lebih hampir kepada ‘syurga.’ Sumber lain berkata, amalan itu dibuat kerana kampung di sekitarnya sering banjir dan penduduk mahu mengelak mayat serta keranda itu dirosakkan air.


Terima kasih kerana membaca Keranda dibiar reput ‘buka’ jalan ke syurga. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



8 Komen:

  1. macam macam diorang ni. takpe la, janji diorang tak bom orang tembak orang

    BalasPadam
  2. Kasihan China sekarang selalu banjir..

    BalasPadam
  3. China memang banyak benda pelik-pelik ni..berita pun selalu keluar kes tersepit.

    BalasPadam
  4. kepercayaan yang sangat pelik,.hahaha

    BalasPadam
  5. Memang macam-macam... Kat mongolia, orang mati akan dipotong potong dan diberikan kepada burung untuk dimakan. Diorang buat macam nie sebab takde tanah nak tanam

    BalasPadam
  6. dh mcm kt vietnam je..ada juga ritual cmni

    BalasPadam
  7. begitulah ruginya jika hidup belum beriman seperti orang Islam..

    BalasPadam