Home » » Lima minit terjejas, trafik internet dunia turun 40 peratus

Lima minit terjejas, trafik internet dunia turun 40 peratus

Sebahagian besar pengguna internet di dunia menggunakan enjin carian Google. Tidak hairan jika Google memberikan pengaruh yang besar terhadap trafik internet secara global. Lalu bagaimana jika sistem Google terganggu? Inilah yang terjadi pada 16 Ogos yang lalu apabila maklumat yang diperoleh daripada Softpedia, enjin carian terbesar dunia berkenaan dikhabarkan terganggu dan tidak boleh diakses selama hampir lima minit.
Rentetan itu, trafik internet dunia secara global dikatakan mengalami penurunan sebesar 40 peratus. Hampir setiap laman mengalami penurunan pengunjung kerana tidak boleh diakses melalui Google.
Kejadian ini menjadi hal yang cukup mengejutkan dan bualan di dunia internet. kejadian seperti ini pertama kali pernah terjadi pada tahun 2009.
 
Sumber: Berita Harian


Terima kasih kerana membaca Lima minit terjejas, trafik internet dunia turun 40 peratus. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan