Home » » Nokia cipta rekod penjualan Lumia

Nokia cipta rekod penjualan Lumia

Nokia berhasil mencatatkan angka penjualan yang cukup bagus pada suku kedua tahun 2013. Pengeluar telefon berasal dari Finland ini berhasil mencatatkan rekod penjualan telefon pintar Lumia sebanyak 7.4 juta unit.

Angka penjualan telefon Lumia itu turut mengalami peningkatan dibandingkan suku pertama 2013. Pada suku pertama 2013, Nokia berhasil menjual sebanyak 5.6 juta unit dan kini mengalami peningkatan sebanyak 32 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stephen Elop mengatakan peningkatan penjualan Lumia adalah hasil daripada populariti yang diperoleh Nokia Lumia 520.


Elop menyatakan bahawa telefon ini sangat popular di beberapa negara seperti Cina, Perancis, India, Thailand, Amerika, England serta Vietnam.

Namun peningkatan penjualan telefon pintar tersebut tidak diikuti oleh sektor featurephone. Pada suku ini, Nokia menjual sebanyak 53.7 juta unit featurephone, turun sebanyak 2.1 juta unit berbanding pada suku pertama.


Terima kasih kerana membaca Nokia cipta rekod penjualan Lumia. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



3 Komen:

  1. Minat betul dengan Nokia Lumia ni :D

    BalasPadam
  2. sebenarnya den suka nokia, tapi lumia ni tak bagi tarikkan nak mengunakkan nya lagi..

    BalasPadam
  3. Emm tak ada pengalaman lagi pakai ini nokia lumia..hehe..memang patut pun nokia cipta rekod..haha

    BalasPadam