Home » , » Sembunyi di ruang tayar pesawat

Sembunyi di ruang tayar pesawat

Lagos: Seorang remaja yang bersembunyi dalam ruang tayar sebuah pesawat ditemui selamat selepas jet itu melakukan penerbangan domestik selama 35 minit, kelmarin, kata pegawai syarikat penerbangan dan pihak berkuasa. Remaja itu memasuki ruang tayar selepas berlari ke tengah landasan di sebuah lapangan terbang Nigeria.Penumpang dan kru kapal terbang memaklumkan juruterbang bahawa seorang budak lelaki berlari ke arah pesawat itu yang bersedia untuk berlepas Sabtu lalu dari Benin City di selatan, kata jurucakap Arik Airline, Ola Adebanji.

Juruterbang kemudian memaklumkan agensi dan pihak berkuasa penerbangan negara itu, katanya.

Insiden itu memperkuat kebimbangan berhubung keselamatan di lapangan terbang Nigeria yang menghadapi kebangkitan puak militan agama yang sebahagian besarnya dibendung di bahagian timur laut negara itu selepas perintah darurat dikuatkuasakan.

Penerbangan singkat

Kami bimbang dengan kecuaian berterusan dari segi kawalan keselamatan di lapangan terbang, kata pengarah urusan Arik Airline, Chris Ndulue.
Negara Afrika Barat itu selain menghadapi cabaran keselamatan juga mempunyai sejarah bencana besar sektor penerbangan.

Meskipun budak lelaki itu mungkin bersembunyi di ruang berkenaan, juruterbang masih memilih untuk meneruskan penerbangan, kata jurucakap Agensi Penerbangan Persekutuan Nigeria (FAAN), Yakubu Dati.

Sejurus pesawat berlepas, pasukan keselamatan FAAN sekali lagi melakukan pemeriksaan tetapi tidak menemui sebarang perkara luar biasa di landasan, kata Dati.

Apabila pesawat tiba di Lagos, ibu kota komersial Nigeria, budak lelaki berusia 13 atau 14 tahun itu melompat ke tanah daripada tayar dan ditahan kakitangan Arik, kata Adebanji.

Katanya, remaja itu mungkin terselamat kerana penerbangan singkat dan pesawat mungkin tidak sampai 25,000 kaki (7,620 meter).


Terima kasih kerana membaca Sembunyi di ruang tayar pesawat. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan