Home » » Tiga deejay radio Era FM minta maaf, kenapa?

Tiga deejay radio Era FM minta maaf, kenapa?

KUALA LUMPUR – Tiga deejay radio Era FM, Johan, Haniff dan Ray semalam mengemukakan permohonan maaf mereka menerusi segmen JoHaRa Pagi Era gara-gara komen negatif mereka yang menyatakan bahawa pasukan bola sepak Sarawak menjadi juara Liga Perdana kerana bermain dalam liga ‘cap ayam’.


Permohonan maaf itu dibuat oleh ketiga-tiga penyampai radio tersebut pada pukul 8.38 pagi menerusi satu pengumuman khas dalam segmen JoHaRa Pagi Era.
Permohonan maaf Johan berbunyi: “Dengan rasa rendah diri kami di JoHaRa Pagi Era ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata kami. Permohonan maaf ini dibuat dengan seikhlas hati kami.”
Kredit: kosmo
 
Ucapan maaf tersebut disambung oleh Haniff yang berkata: “Sejujurnya kami tiada niat untuk menyinggung perasaan penyokong Sarawak FA.”
Ray pula berkata: “Kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia.”
 


Terima kasih kerana membaca Tiga deejay radio Era FM minta maaf, kenapa?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. Emm bagus mereka kan..pandai meminta maaf..hehe..sikit pun tak takut hilang glamour tu dek gosip2 liar nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kalau nak cakap laju sgt, kekadang terlepas cakap.

      Padam