Home » , » Trend baharu warna kediaman

Trend baharu warna kediaman

HARI Raya Aidilfitri menjelma lagi. Justeru, tidak hairanlah jika sebahagian besar umat Islam di negara ini sibuk membuat persiapan bagi memastikan kediaman sentiasa ceria dalam menyambut kehadiran tetamu-tetamu pada pagi lebaran.Ada yang merancang menukar perabot baharu, tidak kurang juga yang berkira-kira mahu menukar langsir, permaidani, lampu hiasan dan sebagainya.Bagi yang mempunyai bajet lebih mungkin mempunyai perancangan untuk mengecat rumah tahun ini.
 

Bagaimanapun disebabkan terlalu banyak pilihan warna yang tersedia pasti menyulitkan untuk membuat pilihan terbaik dan sesuai untuk kediaman.Lima temaMenyedari hakikat itu, Duta Jenama Dulux Paint, Eric Leong baru-baru ini berkongsi trend pilihan warna kepada pelanggan yang mahu suasana baharu untuk kediaman tetapi tidak tahu di mana harus bermula.
 
 
 
Menurut Eric, terdapat lima tema yang berbeza diketengahkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini iaitu Simple Celebration, Newly Weds, Candy Raya, Family Home dan Mostly Masculine yang diinspirasikan daripada buku Dulux ColourFutures 2013.
 
Katanya, perkara asas yang harus ditekankan oleh setiap pemilik kediaman ialah menentukan gaya hiasan dengan mengambil kira corak kehidupan mereka seisi keluarga.“Misalnya, warna-warna bumi Family Home diinspirasi daripada palet Home Factor sesuai bagi golongan berkeluarga yang mahukan suasana ringkas dan tidak terlalu menonjol,” katanya.
 
Jelas Eric, bagi golongan bujang, beliau menyarankan tema Mostly Masculine yang diinspirasikan daripada palet Switching Off.
 
“Ketenangan rona dalam tema ini sememangnya mendamaikan. Dengan barisan palet yang mengunjur daripada kelabu indah ke biru mewah, ia menyerlahkan kesempurnaan untuk gaya kemas, moden dan melambangkan cita rasa tinggi.
 
“Bagi pasangan baru berkahwin, disarankan menggunakan tema Newly Weds daripada palet Visual Solace yang menggabungkan warna-warna pastel lembut bagi memberikan suasana romantik, anggun dan ringkas,”ujarnya.Tambah Eric, pemilihan tema dan warna yang sesuai penting kerana ia mampu memberikan kesan tertentu pada ruangan, memperkuatkan hiasan dalaman dan menonjolkan keseluruhan ruangan yang ada.
 
 
 
Justeru katanya, sebelum mengecat rumah dan mengatur dekorasi hiasan dalaman, pelanggan perlu memahami makna dan pengaruh setiap warna terhadap karakter diri mereka.“Warna bukan saja menyerlahkan ruang dalaman malah dapat menghasilkan persekitaran yang ceria, kreatif dan penuh ketenangan.“Ia bukan saja menggambarkan personaliti pemiliknya malah mampu menambahkan nilai estetika sesebuah kediaman,” ujarnya.
 
Jelas Eric, sekiranya pelanggan tidak gemar bereksperimentasi dengan warna-warna dinding rumah, mereka boleh memilih jalan selamat dengan bermain dengan warna aksesori, kemasan dan perabot.
“Misalnya, pasu berwarna hijau zaitun dan langsir bercorak kelabu asap di ruang tamu.
 
“Bahagian sofa atau meja makan pula dimeriahkan dengan penggunaan kusyen atau skaf besar berwarna-warni pastinya memberikan elemen berbeza berbanding sebelumnya,” katanya.Bagi pelanggan yang masih ragu-ragu dengan pilihan mereka bolehlah mendapatkan perkhidmatan perundingan warna Dulux melalui e-mel, telefon atau berkunjung sendiri ke pejabat akzonobel berhampiran.
 


Terima kasih kerana membaca Trend baharu warna kediaman. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



3 Komen: