Home » » Wanita digilis penjenayah, wang hasil jualan RM15,000 lesap

Wanita digilis penjenayah, wang hasil jualan RM15,000 lesap

Serdang: Seorang wanita yang cuba menghalang penyamun melarikan lorinya serta wang hasil jualan ayam RM15,000, maut digilis penjenayah itu dalam kejadian di Taman Serdang Jaya, malam kelmarin.Mangsa, Rohani Harun, 52, memandu lori satu tan berkenaan bersendirian selepas selesai berniaga di pasar malam di taman berkenaan bersama suaminya, Yahaya Ishak, 62, kira-kira jam 9.45 malam.
Mangsa yang mempunyai enam orang anak diarah keluar dari lori berkenaan sebelum salah seorang daripada suspek masuk ke dalam kenderaan terbabit sebelum melarikannya." Asisten Komisioner Abdul Razak Elias, Ketua Polis Daerah Serdang

Yahaya pula memandu kereta lain mengekori lori itu selang beberapa kenderaan. Bagaimanapun, lori dipandu Rohani dipintas sebuah Perodua Myvi dinaiki tiga lelaki.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata tiga perompak terbabit yang masing-masing bersenjatakan parang mengarahkan Rohani turun dari lori.
“Mangsa yang mempunyai enam orang anak diarah keluar dari lori berkenaan sebelum salah seorang daripada suspek masuk ke dalam kenderaan terbabit sebelum melarikannya.


“Mangsa cuba menghalang lorinya daripada dilarikan tetapi suspek merempuh dan menyeret mangsa beberapa meter sebelum berjaya melarikan kenderaan itu.
“Akibat daripada rempuhan dan diseret, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.

Abdul Razak berkata polis percaya suspek sudah mengekori pergerakan mangsa sejak beberapa hari sebelum bertindak menyamun wanita berkenaan sebaik pulang dari berniaga.

Polis menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, suami mangsa, Yahaya Ishak, 62, berkata malam kelmarin adalah hari terakhir dia bersama isteri berniaga dan merancang untuk membeli pakaian bagi menyambut Aidilfitri.

“Saya berada selang beberapa kenderaan di belakangnya. Saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang kebetulan berada tidak jauh dari situ mengatakan isterinya disamun.

“Dia tidak sempat membantu dan ketika saya sampai di tempat kejadian mendapati isteri dalam keadaan parah. Saya sempat mengajarnya mengucap dan dia meninggal dunia ketika tiba di Hospital Serdang,” katanya ketika ditemui BH, di perkarangan Hospital Serdang, di sini semalam.


Terima kasih kerana membaca Wanita digilis penjenayah, wang hasil jualan RM15,000 lesap. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan