Home » » 10 pemain Selangor dijangka 'angkat kaki'

10 pemain Selangor dijangka 'angkat kaki'

10 pemain Selangor akan meninggalkan Selangor musim depan untuk Piala Malaysia!
 
Kemelut dalaman Selangor susulan kegagalan melepasi saingan peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia musim ini kian parah apabila sekurang-kurangnya 10 pemain akan ‘angkat kaki’ meninggalkan skuad gergasi Merah itu musim depan. Difahamkan, pemain terbabit sudah mendapat tawaran beraksi bersama pasukan lain sekali gus perkembangan itu pasti menyebabkan cabaran skuad yang pernah digelar gergasi bola sepak negara itu tempang musim depan selepas jurulatih Irfan Bakti Abu Salim meletak jawatan bulan lalu.


Sedih dengan perkembangan terbaru itu, bekas pengurus Selangor, Zakaria Ab Rahim menyarankan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyelesaikan segera kemelut dalaman yang melanda pasukan itu ketika ini.
Enggan campur tangan

“Selangor sebuah pasukan gergasi berdasarkan sejarah mereka yang mengecapi pelbagai kejayaan sebelum ini dan masalah yang mereka alami ketika ini memang mengecewakan.

“Jadi saya sarankan supaya kepemimpinan FAS pandang serius masalah ini demi kebaikan pasukan, kebajikan pemain dan penyokong setia Selangor,” kata Zakaria ketika dihubungi semalam.
BH Sukan semalam melaporkan mengenai desakan segelintir penyokong Selangor yang mahu Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad meletak jawatan kerana dianggap individu bertanggungjawab berikutan kegagalan Gergasi Merah layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Mokhtar didakwa banyak membuat keputusan secara bersendirian dengan 'orang luar' tanpa terlebih dulu merujuk kepada Exco FAS.


Terima kasih kerana membaca 10 pemain Selangor dijangka 'angkat kaki'. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



12 Komen:

  1. salam..

    wahh 10 pemain..?ramai tu...cmne team selangor nti...?huuu

    BalasPadam
  2. ini kurang menyegat cuba baiki mana perlu huhu..sb kmi cintakan bola

    BalasPadam
  3. 10 dah kira banyak bukan 2 ke 3 orang hurm..mungkin ada yang kita tak tahu..

    BalasPadam
  4. Hampa betul aku kalau berita ni betul.. Huh

    BalasPadam
  5. kena bentuk pasukam baru nampaknya Selangor musim depan

    BalasPadam
  6. ramai tu...kalau sorang dua je tak apalah juga

    BalasPadam
  7. Tak boleh nak ubah banyak sangat. Nanti susah nak dapatkan persafahaman.

    BalasPadam
  8. sempat ke Selangor nak rekrut team baru dalam masa yg singkat...tetapi langkah ini juga nampak perlu untuk masa depan team selangor..mungkin akan ambil masa 2-3 tahun untuk lihat hasil..

    BalasPadam
  9. Hmmm.. bolasepak kat Malaysia mmg mudah melatah. Kalau ada krisis sedikit, habis coach dan satu team blah atau disingkirkan. Dalam sukan ada jatuh bangun. Man Utd pon tak menang tiap-tiap tahun wehhh.. Tapi Fergie stay as coach selama lebih 20 tahun..

    BalasPadam
  10. aku ingat ni sbb player yg buat keputusan nak berhijrah.

    BalasPadam
  11. ohh..tidak...gua harap bukan mahali..

    BalasPadam
  12. Emm biasalah tu adat permainan..haha

    BalasPadam