Home » , » Gambar Smartwatch Samsung Galaxy Gear

Gambar Smartwatch Samsung Galaxy Gear

Selepas berita pengambilan Nokia oleh Microsoft, dunia gajet berkembang lagi  sejak nak akhir tahun ni. Minggu ni ada berita Samsung nak keluarkan jam tangan yang boleh guna sebagai telefon dan juga kamera! Hohoho hebat kepala hotak orang kerja Samsung ni, ada je idea yang menarik dan stailo kan. Mesti boom produk nih sebab ni dah kira 3 dalam satu yang manusia selalui guna dlm kehidupan seharian. Dengar cite harga dalam USD300 lebih, ni dah dekat RM1000 lebih sikit nih. Berbaloi ke tak ni? Kalau nak free, boleh try kumpul duit melalui projek online ni.
 

Galaxy Gear
 
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh SamMobile baru-baru ini, Smartwatch Samsung Galaxy Gear yang bakal dikeluarkan nanti akan dipasarkan dalam lima pilihan warna yang berbeza iaitu putih, oren, kelabu, hitam dan putih keemasan.Model kali ini khabarnya bakal diperkenalkan secara rasmi ketika pelancaran Samsung Galaxy Note III pada awal bulan depan.
Sesuai dengan sebutan namanya iaitu Gear atau Aksesori, Smartwatch yang didasarkan pada sistem operasi Android ini berfungsi sebagai aksesori atau pelengkap yang akan mendukung pengoperasian siri Android Samsung Galaxy. Bagi menambahkan lagi kehebatan sistem perhubungannya, smartwatch canggih ini didukung sepenuhnya dengan sambungan Bluetooth LE dan juga aplikasi Watch Manager. Malah model ini sendiri dikatakan bakal dilengkapi dengan skrin OLED persegi berukuran 2.5 inci, kamera, accelerometer dan NFC.


Terima kasih kerana membaca Gambar Smartwatch Samsung Galaxy Gear . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



6 Komen:

  1. Boleh tahan lah cantiknya...hehe

    BalasPadam
  2. Cantik memang cantik. Harganya pun nanti pastilah sangat cantik.

    BalasPadam
  3. salam =)

    fuhh dasat ni....lau dah 3 in 1..berbaloi la kot lau takat 1000 lbih tu..tu pon kalau bkualiti.lau cpt rosak,mmg xbrbaloi lgsung la..huuuu

    BalasPadam
  4. Canggih dah sekarang ni. Jam pun dah sama fungsi macam handphone. Tapi mungkin ketahanan bateri yang jadi isu nanti ni.

    BalasPadam
  5. yg berumur bwh 30 suka ni kot

    BalasPadam
  6. tidak dinafikan, samsung semakin step forward dlaam tech

    BalasPadam