Home » » Akaun simpanan-i Affin Impian Haji - menabung untuk pergi Haji

Akaun simpanan-i Affin Impian Haji - menabung untuk pergi Haji

AFFIN Islamic Bank Bhd menawarkan produk baru yang membolehkan orang Islam menabung bagi rancangan mereka untuk mengerjakan ibadah haji di Makkah.  Menurut kenyataan dikeluarkan semalam, produk itu, akaun simpanan-i Affin Impian Haji adalah pelan simpanan berstruktur baharu yang disertakan perlindungan Takaful.Produk itu berasaskan kepada konsep Syariah Mudharabah, di mana nisbah perkongsian keuntungan telah ditetapkan dan dipersetujui bersama antara pelanggan dan bank itu pada permulaan pelaburan itu.

Ia menawarkan fleksibiliti kepada pelanggan menerusi pilihan tiga jenis pelan simpanan dalam tempoh lima, sepuluh atau 15 tahun dan jumlah deposit daripada serendah RM167 sebulan.

“Dengan Affin Impian Haji, pelanggan Islam boleh memilih pelan simpanan yang bersesuaian dengan bajet mereka dan tempoh masa pilihan mereka,” katanya.

Produk itu juga menyediakan perlindungan Takaful daripada Syarikat Takaful Malaysia Bhd dengan perlindungan selepas kematian atau ketidakupayaan kekal dan peruntukan manfaat pengebumian. - Sumber Bernama.


Terima kasih kerana membaca Akaun simpanan-i Affin Impian Haji - menabung untuk pergi Haji. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 Komen:

  1. dah semakin banyak tempat untuk kita menyimpan...semakin senang nk pergi haji pun

    BalasPadam
  2. smkn senang, tak payah bawak duit cash banyak, main cucuk2 jer kat atm

    BalasPadam
  3. Emm mudah-mudah..nak ngn tak nak aje..kan bro..haha

    BalasPadam
  4. silalah register dulu guna duit kwsp utk booking masa pegi haji.

    BalasPadam