Home » , , , » Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging

Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging

Tengok pada tajuk di atas, aku dah nak stress. Terpikir kat otak aku, aku nak tulis apa ni eh pasal tajuk macam nih? Setelah aku terjah blog-blog yang dah buat entri untuk  tajuk ni, ada sikit le idea timbul, cuma aku gusar, kat mana aku nak mula ni weh. Aku pun memetik keyboard pc aku ni dengan jari kanan, jari kiri tekan huruf A je hoho... kantoi tak berapa pandai nak guna semua anak tangan untuk tekan huruf-huruf kat keyboard. Sorry skit, itu dulu, sebelum aku kenal dunia blogging. Opss.. inilah salah satu yang saya belajar semasa blogging. Tapi ini bukan belajar mengenai buat duit. Emmm....


Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging


Mengapa aku susah-susah perah otak untuk tulis entri ni kalau aku tak tahu nak tulis apa?Aku nak menang hadiah ehhh sebab entri ni adalah satu mini contest anjuran sabreehussin.com dan info lanjut ada kat link di bawah :)

Ok..  idea dah mari dan aku list kat bawah ni supaya nampak tersusun. Aku fokuskan kepada yang unik dan bernas je, yang pasal SEO dan blogwalking tu, dah banyak di bincangkan.

1. Semua orang boleh cuba buat duit dengan blogging tapi tak semua berjaya


Macam mana nak buat tuh? Salah satu caranya ialah kena ada blog dulu la. Cara senang nak daftar blog boleh lah di rujuk kat google ataupun cara buat blog dengan blogspot kat sini. Aishh.. mana de susah lah. Aku bukan budak it pun boleh buat. Lepas dah ada blog, korang join program-program seperti adsense, nuffnang atau affiliatte terbukti boleh buat duit seperti jomniaga, jobdirumah atau lazada. Untuk menambah kepercayaaan korang blogging ni boleh buat duit, korang boleh rujuk kat bawah ni:

Kenapa masih ada yang tak berjaya? Sebab malas, tak nak melabur dan tak konsistan dalam buat entri walaupun ilmu tu dah ada.

2. Rahsia aku - buat forum


Alamak, rahsia aku dah terbongkar semata-mata nak masuk entri nih hoho. Tapi takpe sebab aku tak nak bagitahu url forum-forum yang aku buat dan sedang mencetak duit untuk aku tanpa aku login dalam tempoh yang lama. Tapi kalau nak buat duit dengan forum ni, kena ambil masa lama skit, mungkin 1-2 tahun baru nampaknya hasilnya sebab nak kumpul user yang register dalam forum tuh ambil masa. Ini semua adalah berkenaan dengan trafik. Ohh.. cuba google skit nama aku dengan forum, apa yang keluar eh?


Salah satu forum aku buat

3. Group facebook ( page pun boleh )


Uish.. banyak dah aku dedahkan cara-cara yang aku gunakan nih. Create group di facebook dan promosi blog, affiliatte dan produk kat sana. Walaupun group ni tak boleh di kesan leh search engine tak seperti page facebook, tapi cara ni korang akan lebih santai le, sebab tak payah banyak buat kerja. Caa ni ler best kan. Buat banyak-banyak group kat facebook, gunakan nama yang sesuai ( ini penting nih untuk menarik minat facebooker join group ).

Sekarang ni ada dalam otak aku ni group "  proton suprima s ". Tak tahule dah ada orng buka ke belum. Tapi kalau takde lagi, baik cepat-cepat korang buka group ni, tunggu 6 bulan tengok macam mana, ramai ke tak yang join. Confirm ramai, tapi masa tak pasti berapa lama. Bila dah ramai, korang sebagai admin group boleh pin kan post korang kat paling atas group tuh. Menarik bukan. Jadi bila user join group tuh, pasti ternampak post korang tuh. aku ada beberapa group yang sedang meningkat naik. Nak tahu group mana? Silalah like fb aku, win-win situation kata org bisnes.



Salah satu page diadminkan oleh aku

4. Tunjukkan pendapatan melalui blogging


Ini penting terutama bila nak cari duit melalui pay per lead ( ppl ) seperti jobdirumah. Dengan menunjukkan pendapatan ini, boleh di anggap sebagai bukti bahawa melalui program tu, memang tak mustahil boleh buat duit. Orang boleh buat, kenapa kita tak boleh kan. Nampak macam nak menunjukkan, tapi ini salah satu strategi untuk buat duit dengan blogging. Lagilah kalau pendapatan tu kencang dan konsistan, lagilah mudah dipercayai.

5. Guna autoresponder ( update 02/10/2013 )


Korang mesti pernah dengar atau terbaca tentang autoresponder kan? Autoresponder ni amat efektif untuk kumpul senarai-senarai bakal customer/downline di mana dalam autoresponder ni, korang boleh set beberapa siri mesej yang akan di hantar secara automatik kepada user yang subscribe.

Mula-mula korang langgan autoresponder seperti getrespond dan awebber atau yang percuma seperti listwire, tuliskan beberapa siri mesej dan setkan bila mesej ni nak di hantar. Cipta borang langganan dan masukkan kat blog.

Contoh subscribe form

Bila ada pelawat yang subscribe, mesej pengesahan akan di hantar secara automatik ke email pelawat dan di ikuti oleh mesej no. 1 yang telah di setkan. Mesej no. 2 akan menyusul mengikut masa yang telah aku tetapkan seperti 3 hari dari mesej no. 1. Dengan sekali setting sahaja, autoresponder ni akan mengulangi kitaran yang sama untuk setiap pelawat yang subscribe, bestkan autoresponder nih sebab tak perlu nak tulis berulang-ulang kali benda yang sama.

Akhir kata...


Semoga perkongsian ni memberi manfaat untuk semua. Apa yang aku belajar dan kongsi di sini, ada yang aku dah buat sendiri, ada yang dah ada hasilnya walaupun tak banyak. Tapi aku tahu aku dah ada di landasan yang betul.. dan yang paling penting, jangan biarkan idea tinggal idea jer, langsung tak cuba. Kalau try, mana tahu menjadi kan. Peace yo!

*Senarai penaja untuk mini contest ini:

“Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu Titan, Juan dan Suri.”


Terima kasih kerana membaca Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



15 Komen:

  1. Teknik forum tu aku pernah buat ... sekejap. tak larat nak maintain. sekrang main group hhhe :-)

    Terima kasih encik arman sebab dedahkan teknik sulit tu.

    Yang tak didedahkan, dah tentu lagi lagi lagi la gempak kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. respek sama lu bro..sbb buat kontest macam ni...sebab dah banyak tips yg gua dapat..tapi mungkin gua tak join kot..sebab gua belum lagi layak nak cerita bab buat duit dgn blog ni

      Padam
    2. merendah diri siot.

      Padam
  2. terbaik bro..banyak dapat ilmu disini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. ingat nak buat ebook jual kat jomniaga/klikjer.

      Padam
  3. forum aku buat, tinggal je. Lepas tu dalam 3 bulan log in balik, lantik2 ajk forum, dah.. hehe. ada yg jadi, ada yg tak bergantung kepada forum tu utk apa.

    BalasPadam
  4. Banyak jugak rupanya ilmu dan rahsia bro dalam menjana duit secara online ni ye.

    BalasPadam
  5. banyak ilmu baru..tu yang suka baca entri contest. Good luck :)

    BalasPadam
  6. semoga bro sukses untuk kontes ni yang tak kurang hebatnya.

    BalasPadam
  7. ooo diam-diam ubi berisi ekkk...memang macam tu kan orang berjaya..banyak rahsianya..bak kata encik titan pula, rahsia buat dia lagi kacak..emmm saya pun nak berahsia gok lahhhhhhh..hahaha..gud luck bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada satu lagi rahsia bro, yg ni baikpunya guna autoresponder macam .... yg tu bayar, yg free ada.

      Padam
  8. terima kasih atas perkongsian. maklumat berguna untuk aku yang newbie ni

    BalasPadam