Home » , , » Dakwah di pusat hiburan.. satu pendekatan baru

Dakwah di pusat hiburan.. satu pendekatan baru

Biasa kalau dakwah kat masjid-masjid dan surau kan. Lain pulak yang ni di Perak di mana Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan student IPT turun sama-sama ke kelab malam dan beri dakwah kat situh.. hoho.. terkena. Ini pun setelah mendapat kerjasama owner kelab lah, dakwah je bukan tangkapan, bagi insaf skit kan geng-geng cucuk langit nih. Kisah lanjut kat bawah dan aku rasa benda-benda macam perlu untuk zaman sekarang ni.
 
Sebahagian daripada pelajar IPTA menyampaikan dakwah kepada pengunjung di sebuah pusat hiburan dalam Program Dakwah JAIP di Ipoh.
 

Dakwah di kelab malam dan dangdut, menjadi pendekatan terbaru Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dalam usaha menyampaikan mesej keagamaan secara berhemah. Menerusi pendekatan itu, kumpulan pegawai JAIP yang disertai pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengunjungi premis hiburan yang dikenal pasti untuk mendekati dan beramah mesra dengan pengunjungnya yang beragama Islam.
Pengarah JAIP, Datuk Mohd Yusop Husin, ketika mengetuai kunjungan julung kali dilakukan itu, berkata pihaknya tidak berhasrat menghalang orang ramai berhibur di pusat hiburan. Sebaliknya, beliau berkata, kunjungan bertujuan menyampaikan mesej keagamaan sesama Islam secara berhemah kerana premis seumpama itu kebiasaannya berpotensi berlaku gejala maksiat.

“Sasaran kami adalah mereka yang sering berkunjung ke pusat hiburan seperti kelab malam dan dangdut kerana tempat sebegini hampir dengan gejala tidak sihat.

“Kami juga mendapat kerjasama daripada pemilik pusat hiburan terbabit selepas diberi penerangan mengenai tujuan sebenar program ini,” katanya kepada pemberita di Jalan Yang Kalsom di sini, awal pagi semalam.

Dalam kunjungan itu, petugas JAIP tidak melakukan sebarang pemeriksaan atau tangkapan terhadap mana-mana pengunjung beragama Islam, sebaliknya hanya mendekati dan beramah mesra dengan mereka.

Yusop berkata, program selama dua hari itu mendapat kerjasama kira-kira 70 pelajar dari lima IPT iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tapah dan Seri Iskandar serta Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Katanya, semua pelajar diberi modul berhubung cara dan teknik yang betul dalam menyampaikan dakwah sebelum mengikuti pegawai JAIP mengunjungi beberapa lokasi sasaran yang turut meliputi taman rekreasi dan pusat beli-belah.


Terima kasih kerana membaca Dakwah di pusat hiburan.. satu pendekatan baru. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan