Home » , » Hilang nyawa angkara cicak tokek

Hilang nyawa angkara cicak tokek

Berlaku di Shah Alam - Misteri kematian seorang pemuda yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 30 Ogos lalu terjawab apabila dia dipercayai menjadi mangsa bunuh angkara cicak tokek yang dikatakan bernilai RM1 juta.Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, mangsa Syairul Helmy Azhar, 24, dibunuh dalam satu komplot yang disyaki turut melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun yang didakwa pemilik cicak itu.
 

Imej Google
 
Mangsa mati dengan mempunyai kesan tembakan di bahagian rusuk kanan. Menurut beliau, mangsa yang juga seorang ahli perniagaan dikatakan orang yang diamanahkan oleh wanita itu untuk memelihara cicak tokek tersebut dan mencari pembeli yang berpotensi.Bagaimanapun, mangsa kemudian didapati cuba melarikan diri bersama cicak tokek itu. Ini menyebabkan, wanita itu mengupah orang lain untuk mencari mangsa sebelum mangsa kemudian ditemui sudah mati dibunuh.
 
"Susulan kejadian itu, polis menahan 16 lelaki berusia antara 21 hingga 48 tahun secara berperingkat di sekitar Selangor dan Hilir Perak antara 1 September sehingga hari ini (semalam).
"Polis kemudian menahan pemilik cicak tokek tersebut iaitu seorang wanita berusia 60 tahun di Kuala Selangor pada pukul 2 pagi tadi (semalam)," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.


Terima kasih kerana membaca Hilang nyawa angkara cicak tokek. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



5 Komen:

  1. Emm dah lama cicak tokek ni tak panas..sekarang timbul pulak..haha..apa boleh buat..ketentuan ilahi..

    BalasPadam
  2. Kalau dah harga 1million. Memanglah jadi mangsa.

    BalasPadam
  3. mahal siot cicak nih. cam buaya je aku tgk

    BalasPadam
  4. sampai sekarang saya belum percaya tokek itu boleh buat duit..cerita macam khabar angin sahaja,

    BalasPadam