Home » » Honda lancar model Accord serba baru

Honda lancar model Accord serba baru

Best jugak sekali sekala tahu pasal model baru kereta-kerata yang masuk Malaysia nih kan. Semalam, Honda ada lancar model Honda Accord baru yang tengok sekali imbas , takde le menarik sangat banding dgn model sblm nih, tapi aku belum pegi showroom lagi nih, test drive ok gak nih kan. Mesti ramai minat kalau pasal kereta kan, seperti kereta Proton Suprima S tu. Aku ada label gak pasal kereta ni supaya korang senang skit nak godek-godek pasal keta kat blog nih.
 

Kereta Honda Accord Serba Baru

 
Honda Malaysia Sdn Bhd melancarkan model Accord serba baru yang disasarkannya menguasai 30 peratus daripada pasaran segmen kereta salon eksekutif bukan nasional di negara ini. Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Yoichiro Ueno, berkata pihaknya menyasarkan menjual 2,800 unit model berkenaan tahun ini atau kira-kira 700 unit sebulan.Beliau berkata, Accord generasi kesembilan yang didatangkan dalam tiga varian iaitu 2.0L VTi, 2.0L VTi-L dan 2.4L VTi-L itu menetapkan standard baru dari aspek ciri kemewahan dan teknologi inovatif.
Model terbaru Honda Accord 2.4VTI-L
 
“Kami yakin Accord baru ini akan menjadi produk yang mendahului segmennya dan disukai rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kereta berkenaan di Shah Alam, semalam. Yang hadir sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah. Accord baru itu ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM139,800 untuk varian 2.0L VTi; 2.0L VTi (RM149,800) dan 2.4L VTi-L (RM172,800).
Lima pilihan warna

Ia ditawarkan dalam lima pilihan warna termasuk satu warna baru iaitu Modern Steel Metallic, Champagne Frost Pearl, Crystal Black Pearl (hitam), Tafetta White (putih) dan Alabaster Silver Metallic (perak). Lebih kecil dan ringan berbanding model terdahulu, Accord baru itu ditampilkan dengan penambahan ciri teknologi termaju dengan rekaan luaran yang dipertingkat melalui badan berbentuk V yang sangat aerodinamik serta menyerlahkan kemewahan dan kualiti yang dicipta Honda untuk menawarkan kualiti pemanduan berprestasi tinggi dan penjimatan bahan api.

Ia dibina berdasarkan kemahuan pelanggan terhadap ciri keselamatan pintar dan maju termasuk teknologi bantuan penglihatan seperti kamera LaneWatch yang ada pada varian 2.4VTi-L, iaitu model pertama Honda Malaysia dilengkapi ciri keselamatan terbabit. Varian 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L juga menampilkan kamera pandang belakang pelbagai sudut yang mampu mempamerkan ruang sehingga 180 darjah untuk pandangan lebih jelas ketika mengundurkan kenderaan.

Ketiga-tiga varian Accord baru itu dilengkapi mod ECON yang apabila diaktifkan akan menggabung dan mengoperasikan fungsi ECO Assist yang mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan hanya menekan satu butang.

Jaminan lima tahun

Ueno berkata, Honda Malaysia menawarkan jaminan lima tahun dengan jarak perbatuan tidak terhad untuk model Accord baru itu, bertujuan menawarkan pengalaman pemilikan terbaik kepada bakal pembeli.Beliau berkata, pihaknya yakin pakej selepas jualan baru yang kompetitif juga mampu menarik minat pelanggan Honda untuk menjadikan Accord sebagai kenderaan pilihan.

“Di Malaysia, Accord mempunyai ramai peminat setia untuk semua generasinya dan setakat 31 Ogos lalu, lebih 51,000 unit Honda Accord sudah dijual di negara ini,” katanya.
 
*Kalau nak jimat minyak, boleh cuba pakai penjimat minyak nih.


Terima kasih kerana membaca Honda lancar model Accord serba baru. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



6 Komen:

  1. Boleh tengok jela. Hehe. Nak beli memang sangat tak mampu.

    BalasPadam
  2. kumpul, lama2 boleh tuh. mmg skrg kita rasa mahal, tapi bila tiba masanya, rasa cam biasa jer. aku telah mengecapi zaman cam nih

    BalasPadam
  3. smua kete sama je..
    asal boleh bawak atas jalan, utk memudahkan pergerakan
    1family ckup la..xperlu mewah sgt..heeeeee ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau duit cukup, nak gak kan

      Padam
  4. Tak lama lagi adalah yang copy design ni pulak..hahaha

    BalasPadam