Home » , » Hujan turun 10 minit waktu Maghrib di Mekah

Hujan turun 10 minit waktu Maghrib di Mekah

Setelah berbulan-bulan cuaca kering dan panas terik sehingga mencapai suhu 45 darjah celsius, umat Islam dari seluruh dunia yang berhimpun di Tanah Suci, semalam menadah tangan berdoa dan bersyukur apabila hujan turun selama kira-kira 10 minit pada waktu Maghrib.Hujan renyai itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan debu di sekitar kawasan Masjidil Haram yang kini melalui kerja pengubahsuaian secara besar-besaran.
Seorang penduduk Makkah yang hanya mahu dikenali sebagai Jaafar berkata hujan renyai itu kali kedua turun sejak enam bulan Makkah dilanda cuaca panas dan kering.Jutaan umat Islam kini mula membanjiri Makkah sebagai persiapan menunaikan ibadah haji yang dijadual bermula 14 Okt.

Sementara itu Pengurus Media Tabung Haji (TH), Mohamad Naser Jaafar berkata, kira-kira 9,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Makkah dan Madinah.Jemaah haji Malaysia yang berada di Madinah sedang memasuki Makkah secara berperingkat dan kesemua mereka akan berada di Makkah pada 29 Sept ini apabila kesemua 33 penerbangan dari Malaysia ke Madinah berakhir pada 20 Sept.

Mulai 21 Sept pula, kesemua penerbangan dari Malaysia mendarat di Jeddah untuk membawa jemaah haji terus ke Makkah dan penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia ke Jeddah ialah pada 9 Okt. - Bernama


Terima kasih kerana membaca Hujan turun 10 minit waktu Maghrib di Mekah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



8 Komen:

  1. hujan rahmat nak bersihkan debu2 tu

    BalasPadam
  2. tengah renovate kat sana skrg nih

    BalasPadam
  3. semoga segalanya bjalan dgn lancar...
    amin

    BalasPadam
  4. mudah-mudahan semuanya berjalan lancar

    BalasPadam
  5. Subahanallah :) Semoga mereka yang menunaikan haji mendapat haji yang mambrur.

    BalasPadam
  6. beruntungnya mereka2 yg ke sana.

    BalasPadam