Home » , , , » Kereta berbentuk pesawat makhluk asing

Kereta berbentuk pesawat makhluk asing

TALLAHASSEE, Florida - Seorang lelaki, Michael Vetter melelong sebuah kereta yang memiliki bentuk luar biasa (ETV) miliknya di laman web lelong eBay pada harga AS$100,000 (RM315,337).
Kereta yang diubah suai secara ekstrem dan kelihatan seperti kenderaan makhluk asing itu menyebabkan sesiapa sahaja terpegun apabila melihatnya.Tindakan Vetter menjual kereta yang dibelinya pada tahun 2012 di eBay itu menarik perhatian ramai peminat kereta.
 
ETV berbentuk macam kenderaan makhluk asing ( sumber: kosmo )

"Anda melihat sebuah kereta yang ramai orang suka bergambar dengannya pada setiap hari, lebih banyak daripada mana-mana kereta Lamborghini atau Ferrari.
"Pemanduannya sangat lancar, padu dan boleh dipercayai. Berdasarkan rupa bentuknya, semakin laju dipandu, ia akan menjadi semakin senyap," katanya yang memasang enjin Chevy 2.2 liter dalam kereta berkenaan.
 
Tambahnya, ia juga kelihatan lebih menarik pada waktu malam.
"Saya telah memasang satu sistem lampu LED pada bahagian bawah kereta. Ia menghasilkan kesan cahaya yang menarik," kata Vetter.
 


Terima kasih kerana membaca Kereta berbentuk pesawat makhluk asing. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



11 Komen:

  1. perghh..igtkan boleh terbang tadi kereta ni

    BalasPadam
  2. kalau pakai kat Malaysia..konpem sangkut pada bonggol jalan ni

    BalasPadam
  3. sikit nak lagi nak terbang tuh... hehe

    BalasPadam
  4. Menarik sungguh rekabentuknya...dari segi praktikaliti tak tahu lah pulak.

    BalasPadam
  5. dah macam kereta dalam filem sains fiksyen. boleh buat duit lelong semula ni kot.

    BalasPadam
  6. kalau pandu kat sini..mesti akan tersangkut kat mana-mana tu..hehehe

    BalasPadam
  7. ada gak keta macam nih, sendiri modified kot

    BalasPadam
  8. pehh..mesti mahal ini barang..

    BalasPadam
  9. Kat malaysia bila pulak nak wujudkan kereta mcm ni?haha

    BalasPadam