Kontes Review Klinik Cinta

Entri bercinta kali ni mengenai Kontes Review Klinik Cinta - sebuah blog percintaan dan hal-hal cinta menyintai yang berlangsung dari 22 Sept - 22 Oct 2013 di mana Klinik Cinta telah membuat beberapa perubahan di blog bertemakan tangkap cinta ini dan objektif Kontes Review Klinik Cinta kali ini adalah untuk memberi pendapat, idea dan cadangan untuk penambahbaikkan blog yang  bertemakan cinta tersebut. Aku pun tak mahu ketinggalan join kontes niche cinta ni, hadiah menarik oooo, tak caya cuba le siasat sendiri kat Klinik Cinta, entri tentang Kontes Review Klinik Cinta. Selain tu terdapat jugak entri-entri mengenai cinta kat sini. Selain kontes ni, aku ada gak join Contest SEO Eridy oleh edry.com.


ScreenShot/PrintScreen Klinik Cinta


Kontes Review Klinik Cinta


Struktur email


admin@klinikcinta.com . Bahaya kalau letak email penuh macam nih, mudah nak dapat email spam. Penghantar email spam bukan hantar satu-satu email secara manual. Software tu akan hantar secara rawak ke struktur email yang betul seperti admin@klinikcinta.com. Jadi kat sini admin klinikcinta.com kena ubah suai skit struktur email tuh dan yang biasa di guanakan ialah admin-at-klinikcinta.com atau admin[@]klinikcinta.com. Lepas tu letak dalam kurungan ( ' at' di gantikan dengan '@' atau buang tanda [  ] tu ) . Takde le nanti terima macam-macam surat cinta yang tak di undang.

Guna Satu Bahasa Je


Kalau nak gunakan bahasa Melayu, guna je bahasa ni dalam semua benda termasuk label-label wiget sekali. Edit-edit skit tajuk wiget tu ke bahasa Melayu. Memang template blog biasa bahasa omputih, admin cinta kena edit-edit ke bahasa Melayu seperti " Follow Us On Facebook " dan " Popular Posts ". Gunakan perkataan kat mana-mana yang patut untuk menampakkan lagi keseriusan blog tentang cinta.

Butang-butang Media Sosial


Boleh tambah lagi butang-butang media sosial tapi hadkan kepada 4 sahaja yang terbesar dari segi penggunanya. Nak champion pasal cinta kena le ubah skit butang media sosial ni supaya mamat-mamat dan minah-minah cinta suka nak klik. Kalau ikut turutan yang paling ramai user ke yang paling kurang user:

Facebook
Twitter
Google+
Linkedin
StumbleUpon
Reddit
Digg

Sekarang klinikcinta.com dah guna Facebook dan Google+ di homepage, di tambah lagi dengan twitter dan StumbleUpon di post page. Cukup empat je untuk mengelakkan bertambahnya masa blog untuk load. Aku cadangkan, StumbleUpon korang tukar ke Linkedin dan keempat-empat media sosial ni di gabungkan di dalam satu widget dan di letakkan di penjuru paling atas sebelah kanan ( atas sidebar tu ). Yang di bawah tajuk post tu, boleh kekalkan. Ini barulah boleh jadi rujukan soal bercinta.

Enjian Carian


Layout dua bahagian untuk custom enjin carian ni baik. Aku suka nih di mana hasil carian berada di bahagian post. Cuma... emmm korang tengok imej bawah nih:

Custom enjin carian klinikcinta.com
 Kalau design tukar ke salah satu dengan kat bawah nih, rasanya lagi umphhhh kan.

Pilihan lain yang ada
Lagipun, kalau pelawat tak biasa, dia tak tahu nak tulis kat mana ( sepatutnya pada ruang gelap tu kan ). Ini pada pendapat aku le. Emmm.. agak-agak warna pink sesuai tak dengan konsep cinta menyintai ni?

Newer Post dan Older Post


Yang ni korang tukar ke tajuk post, rasanya lagi menarik perhatian pelawat blog korang yang aku yakin akan tertarik kalau ada perkataan mengenai cinta cintun ni.

Penyumbang Komen Terbanyak


Korang boleh gak masukkan widget ni kat sidebar untuk mengalakkan pelawat blog korang meninggalkan komen. Dan juga bezakan komen dari pelawat dengan admin dengan kaler berlainan atau tanda-tanda yang agak menonjol. Nombor untuk setiap komen juga aku cadangkan korang set jugak. Letakkan tajuk yang ada ayat-ayat cinta sikit, kan best cam tuh.

Logo


Besarkan dan design yang lagi cantik dan menyerlahkan tema blog korang. Pada pendapat aku, sempadan tak perlu. Perkataan cinta kena ada sebab itu niche korang.

Follow by email


Letak kat atas, di bawah atau sama-sama dengan widget media sosial di sidebar ataupun korang boleh letak selepes entri korang. Cuba buat experiment skit untuk mendapatkan banyak subscribe dari pencari-pencari cinta sejati.

Artikel di klinikcinta


Yang ni kena perbaikki lagi sesuai dengan nama klinikcinta.com. Apa yang korang cuba nak sampaikan sebenarnya? Pada anggapan aku nak settle masalah cinta le nih kan. Cuba banyakkan 'ubat-ubat' untuk merawat masalah percintaan selain daripada artikel-artikel yang menyentuh soal cinta. Niche cinta yang cuba korang sampaikan ni dag bagus, tak ramai orang buat niche cinta ni.

Gaya Penulisan


Yang ni aku suka. Cara penulisan yang ada perenggang-perenggang dan tajuk-tajuk kecil sila kekalkan, nampak kemas lebih kemas. Lebih menarik kalau ada perkataan cinta. Anchor text steady, kekal 3- 5 patah perkataan seperti yang korang dah gunakan sekarang ni, jangan sesekali hanya guna satu perkataan sahaja.

Pada perenggang pertama, korang gunakan keyword korang seperti "cinta" dan amalkan link ke post-post lama ( 2 post lama ) di dalam perenggang pertama ( pembukaan ). Kurangkan link ke luar dari blog korang, kalau terpaksa linkkan, set ' no follow '. Kalau korang monitor pagerank, korang akan tahu kenapa benda ni penting. Aku nak jelaskan detail, panjang plak kan, cuma aku boleh katakan seperti " sebotol jus, korang kongsi ramai ", macam ni lah pagerank. Selamat bercinta dan menyintai

Update 07/11/2013: Review ni dapat hadiah saguhati mesteri dari penganjur.

 Peace yo!





Terima kasih kerana membaca Kontes Review Klinik Cinta . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



23 Komen:

  1. Terbaik la review/komen daripada bro. Blog saya pun macam perlu diubah mengikut komen dari bro tu. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadikan amalan bro.

      Padam
  2. Terima kasih penyertaan di terima :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq tq.. jgn lupa bagi point lebih skit.. hoho

      Padam
  3. Haha..semoga review ini mendapat tempat di hati juri..gud luck bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sapa juri ya? tukang sponsor jadi juri gak ke?

      Padam
  4. Balasan
    1. berkat kata-kata bro, mana le tahu sangkut hadiah satu kan.

      Padam
  5. tq untuk komen yg mmbina..gudluck =)

    BalasPadam
  6. Terima kasih sebab join bro, sebarang teguran membina ini kami akan ambil sebagai anjakan paradigma untuk kami menambahbaikan lagi laman blog klinikcinta kami itu.. Terima kasih atas entri ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap2 membantu bro.

      Padam
  7. Selamat bersegmen, berkontes macam saya. Semua dah dicanang dan dicadang, selebihnya terpulang pada en google..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. bab SEO en google le, satu kategori lagi juri yg tentukan.

      Padam
  8. wah,,, muja rasa macam entry ni jenis yang jujur sangat.. readers can sense actually. i can feel it here. tq for joining this contest :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuh... satu pujian yg membuat hidung aku kembang

      Padam
  9. bagus la bro nye review ^^

    BalasPadam
  10. Penuh penghayatan setiap review yang diutarakan....Semoga berjaya bro....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih daun keladi.

      Padam
  11. Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Adha, minta copy code html senarai penaja terkini. Terima kasih - Semoga berjaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  12. already, tq bro.

    BalasPadam
  13. komen yang amat membina. gud luck bro

    BalasPadam