Home » » Laman web ajar buat senjata

Laman web ajar buat senjata

Belajar buat senjara secara online je? Wow macam-macam sekarang ni, penjahat pun pandai gak cari info-info macam nih. Terbaru laman web yang menyediakan info cara buat senjata dan boleh di cetak terus ke pencetak 3D. Maknaya gambar-gambar spare part senjata ni akan di print dalam bentuk 3D dan di sambung jadi senjata. Ada gak pencetak cam ni ya. Tapi materialnya plastik je ler bkan nya besi, tapi masih boleh membahayakan.



Kuala Lumpur: Polis sedang memantau pembuatan senjata api bentuk plastik menerusi pencetak tiga dimensi 3D, yang boleh mengancam keselamatan umum.Ia berikutan ada pihak tertentu di Amerika Syarikat (AS) menyediakan pelan induk pembuatan senjata api yang boleh dicetak melalui laman web dalam tempoh 15 hingga 30 minit mengikut spesifikasi. Pencetak 3D, iaitu alat pembuatan yang menjadikan fail imej 3 Dimensi atau pelan induk berkenaan sebagai input untuk diterjemahkan menjadi produk fizikal, diperbuat daripada bahan plastik.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya mengetahui kewujudan pencetak berkenaan yang boleh menghasilkan senjata api plastik dan teruji keberkesanannya.“Senjata api yang terhasil boleh melepaskan tembakan secara manual, namun peluru tidak boleh dihasilkan semudah senjata api.

Urus niaga disiasat

“Tindakan yang boleh diambil polis secara berterusan ialah memantau urus niaga peluru di dalam dan luar negara. “Malah, mana-mana individu yang memiliki apa jua bentuk senjata secara haram akan dikenakan tindakan tegas, ”katanya ketika dihubungi BH di sini semalam.Khalid mengulas laman video You Tube yang memaparkan seorang lelaki Kanada berjaya melepaskan 14 tembakan dari senapang yang dihasilkan melalui pencetak 3D.
Video itu turut mendedahkan dakwat atau bahan yang digunakan membina objek bercetak itu diperbuat daripada acrylonitrile butadiene styrene (ABS), iaitu bahan plastik yang sama digunakan membuat mainan kanak-kanak dan mesin itu dijual beberapa syarikat di Malaysia pada harga sekitar RM4,000 hingga RM7,500 seunit.Syor wujud sistem kawalan

Sementara itu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan, berkata beliau mencadangkan diwujudkan sistem kawalan atau lesen khas terhadap penggunaan mesin teknologi digital terkini dan dakwat pencetak yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.

Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Raffie Abd Rahman, berkata pihaknya sentiasa memantau video yang dimuat naik dalam talian dan mereka yang terbabit boleh disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988.


Terima kasih kerana membaca Laman web ajar buat senjata. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



8 Komen:

  1. inilah akan menambhakan lagi jenayah ni..hu3..open mcm tu je

    BalasPadam
  2. makin bertambahlah kes jenayah macam ni...dengan mudah je boleh buat senjata

    BalasPadam
  3. Kawe rasa information dalam internet dah terlalu banyak. Boleh dikatakan semua bende boleh di google sekarang ni.. Tunggu maklumat tentang mati hidup semula jer... erkkk.

    BalasPadam
  4. cam ni pun ada, peluru kena order asing2 ni.

    BalasPadam
  5. ok dunia dah makin tak selamat.. i need to get my insurance agent..

    BalasPadam
  6. hoho.. ejen insuran gak yg kaya

    BalasPadam
  7. Mcm ni mudah org buat bisnes senapang.. Mesti dia jual semasa keadaan huru hara..

    BalasPadam