Home » , » Raja Swaziland bakal berkahwin buat kali ke-14

Raja Swaziland bakal berkahwin buat kali ke-14

Kahwin kai ke 14 woooo. Kat Malaysia mungkin tak berlaku cam nih, tapi kalau kat luar negara macam-macam ada, kahwin kali ke 14 pun ada seperti yang bakal berlaku di Swaziland di mana rajanya bakal kahwin dengan seorang peserta ratu cantik yang baru sahaja habis belajar di sekolah tinggi setahun lepas, muda lagi nih. Tak perlu nak kumpul-kumpul duit untuk kahwin sebab harta raja ni banyak walaupun penduduknya miskin. Kejam ni aku rasa. Jom baca kisah ni yg aku petik dari kosmo.
 
MBABANE - Raja Swaziland, Mswati III ( kredit kosmo )

 
MBABANE - Raja Swaziland, Mswati III memilih seorang peserta pertandingan ratu cantik berusia 18 tahun sebagai isterinya yang ke-14, kata seorang jurucakap istana semalam."Saya boleh mengesahkan raja (Mswati III) memperkenalkan tunang diraja baharu kepada rakyat jelata," kata jurucakap Istana Ludzidzini, Timothy Mtetwa.
 
Menurutnya, Mswati III yang berusia 45 tahun memperkenalkan bakal isterinya, Sindiswa Dlamini dalam satu acara kebudayaan tempatan dikenali sebagai Tarian Reed hujung minggu lalu.
Gadis cantik berkenaan menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi St.Francis di ibu negara Swaziland di sini pada tahun lalu.
 
Dia juga merupakan peserta pertandingan ratu cantik Miss Cultural Heritage. Pemenang pertandingan itu akan diumumkan pada 28 September ini.
Pemerintah Swaziland itu dikritik kerana mengamalkan cara hidup mewah, sedangkan penduduk negara itu rata-rata hidup dalam kemiskinan.
 
Mswati III dilaporkan memiliki kekayaan peribadi mencecah AS$200 juta manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 70 peratus daripada 1.2 juta rakyat Swaziland hidup di bawah paras kemiskinan.
 
Beliau sebelum ini menolak untuk mengadakan pembaharuan.
Mereka akan berkahwin hanya selepas tunang Mswati III hamil anak pemerintah berkenaan. Ketika itu, barulah Dlamini diisytihar sebagai isteri ke-14 Mswati III.
Setakat ini, tiga isterinya telah meninggalkan istana. Terbaharu, Permaisuri LaGija lari dari istana pada 2012 selepas mendakwa beliau menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental selama bertahun-tahun.


Terima kasih kerana membaca Raja Swaziland bakal berkahwin buat kali ke-14. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



1 Komen:

  1. Raja nie gila seks je. Pentingkan diri. Perempuan tue pun terpaksa kahwin dengan dia.

    BalasPadam