Sayonara Selangor

Banyak pula berita bolasepak semalam, banyak perlawanan berlangsung dan banyak keputusan yang best tak best.Seperti diramalkan, juara 32 kali, Selangor, FELDA United dan Terengganu menanggung aib tersingkir lebih awal ke suku akhir Piala Malaysia selepas tewas kepada lawan masing-masing, malam tadi.PKNS FC pula muncul pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati, sementara 12 pasukan lain terpaksa menunggu pada aksi terakhir, Sabtu ini bagi menentukan sama ada layak mengikut jejak kedua-dua pasukan berkenaan.
Selangor seri 1-1 dengan Tentera di Stadium Selayang, manakala FELDA tunduk mudah kepada Johor Darul Takzim (JDT) 2-5 di Stadium Temerloh dan PKNS FC pula membelasah T-Team 5-0 di Stadium Shah Alam.
Juara bertahan, Kelantan meleburkan impian Terengganu apabila menewaskan juara 2001 itu di laman sendiri 3-1.


Tiga trio wira sebenar The Reds Warrior
Kuala Terengganu: Kombinasi trio diketuai kapten, Mohd Badri Radzi, Indra Putra Mahayudin dan Mohd Shakir Saari mengawal baik bahagian tengah adalah antara intipati kejayaan Kelantan membenam Terengganu 3-1 pada aksi penuh drama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengakui yang pasukannya gagal beraksi baik pada aksi separuh masa pertama perlawanan Kumpulan C, tetapi berubah pada separuh masa kedua.
“Saya cukup tidak berpuas hati corak permainan pada separuh masa pertama, namun kombinasi tengah berjaya mencorakkan permainan yang konsisten pada separuh masa kedua sekali gus menguasai permainan. Saya teruja pemain saya yang bertindak pantas menutup ruang di bahagian tengah sehingga membuat pemain tuan rumah gagal mendominasi pada perlawanan itu.

“Kemenangan ini juga amat bermakna dan mencerahkan peluang Kelantan ke suku akhir,” katanya yang ditemui selepas perlawanan itu. Apa pun dengan kekalahan itu, Terengganu yang dibantu dengan sorakan semangat kira-kira 10,000 penyokong boleh melupakan kempen Piala Malaysia musim ini.

Kelantan memperoleh jaringan pertama untuk mendahului 1-0 selepas kapten Terengganu, Hasmizan Kamarodin tertampan bola ke gawang sendiri berpunca gerakan Fakri Saarani dan selang tiga minit selepas itu, Effa Owana berjaya mengikat kedudukan menerusi sepakan percuma luar kotak penalti bagaimanapun jaringan itu dibatalkan akibat ofsaid.

Pahang ganas babak kedua

Keputusan pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar mengundang kemarahan penyokong yang bertindak membaling botol dan suar sehingga perlawanan terhenti selama empat minit.

Indra Putra Mahayudin mengukuhkan kedudukan The Red Warriors untuk jaringan kedua pada minit ke-62 menerusi tandukan hasil hantaran lintang kapten, Mohd Badri Radzi tapi Ashari Shamsuddin merapatkan defisit untuk tuan rumah pada minit ke-74 sebelum Piya melengkapkan kemenangan pelawat dengan gol minit ke-85.


Di Kuantan, Pahang menghidupkan peluang beraksi di suku akhir apabila mencatat kemenangan 3-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur malam tadi tapi anak didik Dollah Salleh perlu menunggu babak kedua perlawanan untuk mengesahkan kemenangan

Selepas hambar pada 45 minit pertama, Pahang memecahkan kebuntuan apabila Matias Conti meletakkan pasukan di depan pada minit ke-50 sebelum R Gopinathan menambah jaringan kedua pada minit ke-70. Pada minit ke-84, Azidan Sarudin menambah derita pelawat dengan gol ketiga apabila sepakan percuma olehnya terus menerjah masuk gawang


Terima kasih kerana membaca Sayonara Selangor. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



10 Komen:

  1. Kemungkinan Selangor mempunyai strategi untuk menang pada perlawanan lain..

    BalasPadam
  2. kena saksikan aksi sabtu nanti :)

    BalasPadam
  3. Hmmm... ramalan awal pundits yg Selangor v Lions diperlawanan akhir nyata meleset belaka. Kawe mmg dah agak dah, team2 kat Liga M ni langsung tak leh nak di ramal. Semua mcm Yo Yo...

    BalasPadam
  4. out dah selangor, selangor kena buat sesuatu.

    BalasPadam
  5. Salam..

    errr..org yg xminat bola mcm sy mmg xtau nk komen pe..heeeee =p

    BalasPadam
  6. kesian selangor..aku lihat prestasi selangor mulai merundum selepas Safee Sali kena jual dulu...

    BalasPadam
  7. takleh wat apa dahh..terpaksa harap kat pkns selangor aje sekarang..

    BalasPadam
  8. pkns naik semacam jer, boleh cover skit

    BalasPadam
  9. Bila la misi 33 nak terlaksana ni.

    BalasPadam
  10. harapan kita akan mara ke depan...tak blh harapkan satu team sahaja

    BalasPadam