Home » » Terpaksa berkhatan

Terpaksa berkhatan

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas kemaluannya membengkak dan sel kulit rosak akibat diikat dengan getah oleh rakan sekolah selama lebih empat jam.Akibat kejadian Isnin lalu itu, Aqil Danish Yusri, murid tahun satu sebuah sekolah swasta di Taman Sri Gombak, dekat ini, juga terpaksa dikhatankan doktor bagi ‘menyelamatkan’ anggota sulitnya.
kredit: Harian Metro


Ibu kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai Salina, 35, berkata, pembedahan dilakukan selama lebih dua jam di Hospital Ampang Putri, pagi semalam dan kini anaknya masih berada di bawah pemerhatian doktor.

Menceritakan kejadian itu, Salina berkata, kira-kira jam 5 petang Isnin lalu Aqil Danish pulang dari sekolah ke rumah mereka di Tamn Sri Gombak seperti biasa, namun dia mendapati anaknya itu tidak bermaya dan kerap ke tandas.

“Pelik dengan sikapnya, saya bertanya sama ada dia sakit atau demam, namun Aqil hanya memberitahu dia berasa seperti hendak demam,” katanya ketika ditemui, semalam.


Terima kasih kerana membaca Terpaksa berkhatan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



6 Komen:

  1. Mak ai... Pembuli betul kawannye...

    BalasPadam
  2. kasihan dia..mesti seorang anak yang pendiam kat sekolaj.whualam.

    BalasPadam
  3. Emm kalau anak saya ni, di pembuat tu akan saya cari sampai ke lubang cacing..walaupun anak saya salah sekali pun, hukuman macam ni memang tak wajar di lakukan..kalau nak buli, buli je lah kat tempat lain..dekat punggung tak terasa hati sangat...emm macam2..

    BalasPadam
  4. adeh..bleh pulak duk bergurau macma tu..naya betul

    BalasPadam
  5. terasa sakit nih oo

    BalasPadam