Home » , , , » Toyota Corolla terjual melebihi 40 juta

Toyota Corolla terjual melebihi 40 juta

Kredit: Sinar
TOYOTA Motor Corporation (TMC) mengumumkan jualan global terkumpul bagi kereta paling popular di dunia iaitu Toyota Corolla melebihi 40 juta dengan mencecah 40.01 juta unit sehingga Julai 2013.Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dari 1965 hingga 1968, jumlah pengeluaran tahunan Toyota meningkat lebih dua kali ganda daripada 480,000 unit kepada 1.1 juta unit kenderaan.

 "Ianya bukti sumbangan penting Corolla untuk perkembangan syarikat," katanya.

Bermula dengan sebuah kilang pada November 1966 di Takaoka Wilayah Aichi Jepun, TMC kini memiliki 15 kilang mengeluarkan Corolla di seluruh dunia.

Lebih daripada satu juta unit Corolla telah dijual setiap tahun sejak 2002 dan tahun lalu sahaja 3,180 unit Corolla dijual setiap hari merentasi lebih dari 150 negara dan wilayah.

Ketua Jurutera Corolla, Shinichi Yasui berkata, kunci kepada kejayaan Corolla adalah kerana konsep pembangunan semula dari Tatsuo Hasegawa bahawa Corolla mesti bawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada orang di seluruh dunia.


Terima kasih kerana membaca Toyota Corolla terjual melebihi 40 juta. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



11 Komen:

  1. Hebat dah Toyota sekarang ni. Proton? Erm.. Jauh ketinggalan.

    BalasPadam
  2. toyota corolla tu pun dulu salah satu kereta idaman aku

    BalasPadam
  3. skang ni..toyota dah menjadi trend..ramai jugak dah cari balik model2 lama toyota ni

    BalasPadam
  4. suka design cantik harga pun boleh tahan huhuhu..

    BalasPadam
  5. aku ada satu... warna putih

    BalasPadam
  6. Kereta nie terbaik. Design pun ok

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. tambah skirting lawa

      Padam
  8. Alahai kawe pakai keta buatan Malaysia jer. Tapi kalau beli Toyota mungkin kawe ambik CRZ atau VIOS kot. ahak ahak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. crz fuyo, jiwa muda nih

      Padam
  9. minyak 12sen 1 km, kalau tak silap

    BalasPadam