Home » , , , » Wanita pandu 200km sejam selamatkan ibu

Wanita pandu 200km sejam selamatkan ibu

Dubai: Seorang wanita di bandar raya ini yang ditahan polis kerana memandu keretanya hingga 200 kilometer sejam, dibebaskan selepas memberitahu dia berbuat demikian untuk kembali ke rumah dan membawa ibunya yang sakit ke hospital semalam.

Ketua jabatan polis trafik Dubail Mejar Jeneral Mohammed Al Zafin berkata selain memandu laju, wanita terbabit juga dilihat memotong kenderaan lain secara berbahaya dan ada ketikanya dia memandu keretanya di atas bahu jalan.


Dibebaskan selepas didenda



“Polis mengejar kereta wanita itu dan selepas dipintas, dia dikenakan denda, tetapi dibebaskan selepas memaklumkan kepada polis bahawa ibunya sakit,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu memberi reaksi kasar ketika ditanya mengapa dia memandu secara berbahaya, tetapi megambil keputusan membebaskannya walaupun cara pemanduannya boleh menyebabkan kemalangan.

Al Zafin berkata, polis mengesan wanita berkenaan memandu kenderaan dari lebuh raya Sheikh Mohammed Bin Zayed menuju Al Khawaneej, selepas mereka orang awam memaklumkan melihat seorang wanita memotong kenderaan di bahu jalan.


Terima kasih kerana membaca Wanita pandu 200km sejam selamatkan ibu. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen: