Home » , , » Contoh Entri Spam Kat Blogspot dan 2 Cara Senang Elakkan Benda Ni Berlaku Lagi.

Contoh Entri Spam Kat Blogspot dan 2 Cara Senang Elakkan Benda Ni Berlaku Lagi.

Aku tulis entri ni sebab ada entri spam kat blog ni masa hari raya lepas. Tak sempat nak monitor blog 2-3 hari masa raya hingga ada entri spam masuk jadi satu post kat blog nih. Dan ada  kekawan yang konpius, jangan ingat aku yang tulis tu ya, abaikan je sebab entri tu ialah entri spam dari mana-mana entah ler. Harap-harap kreadibiliti blog ni tak terancam dengan entri-entri spam macam tuh dan sebagai langkah berjaga-jaga, aku nak kongsikan apa yang aku telah ubah untuk mengelakkan ( tak pasti lagi nih, kena monitor dulu ) kejadian ni berulang kat blog ni dan aku harap tak berlaku juga kat blog-blog blogger lain yang guna blogspot.



Entri spam " Seeking Partnership " bertarikh 12 Oct 2013.

2 Cara Senang Elakkan Entri Spam Kat Blogspot


Langkah satu aku ubah perkataan rahsia! Wow.. blogspot ni ada perkataan rahsia ya. Ada yang tahu dan ada yang tak bahawa kat blogspot ni ada satu setting perkataan rahsia yang kita boleh set dan di jadikan email kepada blog ni. Apa guna perkataan rahsia ni? Gunakan ialah bila aku nak post guna email. Perkataan rahsia ni menjadi sebahagian dari email blog blogspot dan sebahagian lagi adalah login ke blogspot. Maksudnya, kalau aku tulis entri dalam email dan hantar ke email blog ni,  kandungan email akan jadi entri blog dan tajuk email akan jadi tajuk entri.

Jadi untuk mengelakkan email spam ni, aku ubah perkataan rahsia ni ke perkataan lain la. Cara nak ubahnya senang jer, 

pergi ke dashboard blogspot, pilih blog yang nak di edit,  klik setting, klik mobile and email.

Sila lihat imej bawah supaya lebih jelas.

Yang ada anak panah tu ialah perkataan rahsia dan di depannya adalah email blogger.com. Sila ubah perkataan yang di tanda anak panah tuh.

Ok settle satu benda yang di ubah. Satu lagi, blogger blogspot boleh letakkan ' show word verification ' tapi aku tak nak set benda ni sebab nanti melambatkan visitor nak tinggalkan komen. Sebab tu kedang-kadang kat blog blogspot korang nampak ada word verification selepas tulis komen kan, sebabnya nak elakkan spam cam ni lah.

Tukar ' No' ke 'Yes'
Jadi, cam tu je aku buat elakkan entri spam kat blog ni, tengok sebulan camne, ada entri spam lagi tak? Kalau ada nak kena buat pembedahan lebih lanjut lagi lah. Kalau korang nak baca tutorial yang best cam ni, korang boleh je semak kat label tutorial blog ni.

Peace Yo!



Terima kasih kerana membaca Contoh Entri Spam Kat Blogspot dan 2 Cara Senang Elakkan Benda Ni Berlaku Lagi.. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



12 Komen:

  1. Balasan
    1. godek2 skit bro, mesti ada benda yg baru

      Padam
  2. Mak aih...spammer pun blh publish n3 bg pihak kita??? Kira dasat melampau dah ni yea..slalu2 komen spam je yg ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. spammer makin hebat

      Padam
  3. wadus...tak pernah kena lagi ni spam yang baik hari mcmni..hehe..hehe..dalam wordpress tak ada ke bro teknik mcm bro buatkan ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ergghhh.. tak pasti le bro, tak biasa plak dgn wp. Mesti ada kot

      Padam
    2. Ok bro..nanti saya ada masa saya nak godek2 gak..hehe..sekarang ni melampau sungguh Spam ni./.emmm

      Padam
  4. perkongsian yang menarik.saya baru tahu, terima kasih bro arman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalu le mai sini, dr semasa ke semasa aku cuba kongsikan apa yg aku tahu pasal blogspot.

      Padam
  5. wow! teknik yang menarik..


    Jom singgah dan baca entri terkini saya di [SINI]

    BalasPadam
  6. kena study betul2 ni..takut lain pulak yg saya godek..
    btw..tqvm..

    BalasPadam
  7. blog blogspot aku..memang aku kena check satu demi satu komen yang masuk. Haha..

    BalasPadam