Home » , , , , , , , » Cara guna autoresponder percuma untuk meningkatkan pendapatan online

Cara guna autoresponder percuma untuk meningkatkan pendapatan online

Kali ni aku nak kongsi skit  tentang cara buat autoresponder yang menyenangkan kerja korang dalam mempromosi produk secara internat termasuklah juga mempromosikan affiliatte seperti jobdirumah. Senang je nih. kelebihannya ialah sekali setting jer, boleh guna sampai bila-bila.. hoho.. iya ke bila-bila. Korang kena try boleh korang tahu. Di beritahu sekali lagih, autoresponder ni adalah percuma sahaja dan kalau nak dapatkan yang berbayar dan lebih hebat, boleh lah guna awebber atau getresponds. Penting ke autoresponder nih? Penting dan sangat penting. Bila dah cuba korang akan tahu kelebihannya. Kalau korang tak suka promosi affiliatte, korang boleh jugak try  penyedia iklan seakan-akan adsense, tapi bukan google adsense. Selain tuh jangan harapkan autoresponder je buat kerja, belajer le jugak tentang SEO blogspot / wordpress.

Cara daftar dan setting autoresponder listwire.com

Saya cuba perkemaskan lagi entri ni supaya ramai lebih mudah faham cara guna autoresponder listwire nih. Ikut langkah yang saya kongsikan kat bawah:


  • Daftar autoresponder listwire - Korang pergi ke listwire.com dan ' sign up ' dululah, macam biasa. Lepas tu check email ada terima email pengesahan tak dari listwire. Tekan subscribe link tuh, dah settle, simpan elok2 email tu untuk rujukan password listwire nanti.



sign up dengan listwire.com



  • Managa autoresponder listwire - Lepas tu, silahlah login ke autoresponder percuma ni di listwire.com. Klik ' manage autoresponders ' seperti di bawah:



klik 'manage autoresponders


  • Cipta akaun autoresponder baru - Klik butang yang saya bulatkan seperti imej kat bawah nih untuk buat autoresponder baru. Satu akaun autoresponder percuma ni boleh buat banyak senarai autoresponder mengikut projek apa yang korang nak le, seperti jobdirumah ke, jomniaga ke, promosi ebook ke dan sebagainya.



Klik kat butat merah tu


  • Cipta ayat-ayat jualan - Bab ni korang perlukan masa sikit le untuk mencipta ayat2 power korang. Ini macam posting kat blog jugak, satu mesej sama dengan satu posting kat blog. Korang boleh cipta banyak mesej dengan ayat power dan ayat pancing korang serta letakkan umpan sekali ye supaya mengena apa yang korang promosikan. Aku cadangkan korang buat mininum 7 mesej yang berlainan dimana korang boleh set mesej nih untuk di hantar ke bakal customer korang yang telah subscribe borang nih. Pening ke? Ho ho ho...Kalau tak tahu jugak nak reka ayat-ayat mengancam, minta lah bantuan daripada pakar yang katanya korang hanya copy paste sahaja daripada ebook yang beliau sediakan, menarik gak kan. Tak payah nak pikir-pikir ayat-ayat power yang memeningkan kepala.


  • Buat sekurang-kurangnya 7 mesej - Tarik nafas dulu ya, cuba fokus kat sini pula. Katakan korang dah siap mesej no. 1, korang buat lagi mesej no. 2 pulak hingga mesej no.7 di mana setiap mesej akan di hantar ke email bakal customer korang mengikut apa yang korang set seperti mesej no. 2 akan di hantar selepas 3 hari dari mesej no. 1 dan seterusnya cam tu lah.


Tulis ayat-ayat promosi korang dan buat min 7 mesej berlainan.


  • Create subscribe form - Selepas siap bab menulis mesej yang memerlukan korang memerah otak, sekarang tiba masa nak create subscribe form pula untuk diletakkan kat blog. Klik 'prospek' dan ' subscription form ' dan juga ' click here to add a web form '. Tengok gambar bawah  ni:



Klik jangan tak klik.


  • Edit subscribe form - Klik ' content ' dan korang edit skit kat sini seperti ' name tu tukar ke ' nama ' ke, sila edit bahagian yang tertulis ' click hete to edit this text '. Dan ' save my form '.




Edit secara ringkas dan menarik


  • Kod subscribe form - Seterusnya, korang akan sampai ke page untuk dapatkan kod, sila  klik ' get code ' untuk mendapatkan kod autoresponder percuma korang.



Get code.. yeh yeh



  • Copy kod subscribe form - Macam kat bawah ni lah rupa kod autoresponder percuma ni dan silahlah copy dan paste kat blog masing-masing menggunakan kepakaran korang dan aku rasa tak perlulah aku nak tunjuk cara nak masukkan kat blog kan.




Contoh kod dari autoresponder percuma nih.



  • Bagaimana autoresponder berfungsi - Dan inilah hasilnya yang akan keluar kat blog korang, jika korang ikut langkah-langkah yang aku berikan dengan betul. Macam mana autoresponder percuma ni berfungsi? Bila bakal customer korang isikan nama dan email address, secara automatik mesej no.1 yang korang set tadi akan di hantar ke email bakal customer tersebut. Mesej no. 2 yang mengandungi ayat-ayat pancing yang high class akan menyusur 3 hari kemudian ( ikut apa yang korang set, kalau set 4 hari, selepas 4 hari baru mesej no. 2 akan di hantar secara automatik ). Dan seterusnya macam tu lah.




Contoh subscribe form di blog mengunakan autoresponder percuma listwire.

Kenapa Min 7 Mesej


Biasanya, selepas 7 kali mesej, barulah bakal customer akan terbuka hati untuk buat belian ( kalau terbuka hati lah ), kalau tak korang boleh ubah-ubah ayat mesej korang dari semasa ke semasa. Amalkan set mesej supaya di hantar pada hari Isnin supaya bakal customer ada masa sepanjang minggu untuk memikirkan nak buat belian ke tidak dan jarakkan 3-4 hari satu mesej supaya korang tidak di anggap spam dan bakal customer boleh unsubscribe bila-bila jer.

Harap ini boleh membantu korang mendapat duit secara automatik melalui pemasaran online. Korang boleh gak belajar seo dengan kitab SEO merah jambu untuk memasarkan produk affiliatte, ini daripada pakar SEO Malaysia.

Jika keliru, sila tinggalkan komen, saya sudi berkongsi apa yang aku tahu. Peace yo!



Terima kasih kerana membaca Cara guna autoresponder percuma untuk meningkatkan pendapatan online. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



54 Komen:

  1. org yg aktfi affiliate mmg sesuai sgt la pakai ni..info terbaik bro

    BalasPadam
  2. Autoresponder nie mmg elok nk kumpul list.

    BalasPadam
  3. Tak tahu pun pasal benda ni. Menarik jugak nampaknya.

    BalasPadam
  4. satu info yang menarik..dulu ada pakai aweber untuk kumpul mailing list..

    Entri terkini saya Segmen Review Blog : Relakssminda

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba guna yg free ni plak..

      Padam
    2. bagus guna yang free kalau belum ada income kaw-kaw punya

      Entri terkini saya Misi 'Do Or Die' Dalam Blogwalking

      Padam
    3. try free dulu sblm guna yg bayar

      Padam
  5. nak ena banya belajar nie..pening gak dibuatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoho.. try langkah pertama, daftar dulu

      Padam
  6. bab buat ayat power tu lah susah sikit..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena ambik masa skit

      Padam
  7. Mak xde biz yg blh guna benda alah..tp mmg nmpk bagus jgk utk org yg ada biz

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus nih, bahagian ayat power tu yg penting

      Padam
  8. menarik nie...thanks for the sahre...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba lah guna, free jer.

      Padam
  9. E-mail marketing ni dulu dah merundum sebab org sibuk dengan SEO. Sekarang ada yg sibuk balik sbb SEO dah jadi tak tentu arah bila Google asyik uba-ubah jer. Pengalaman kawe pakai autorseponder ni hmmm memang payah gak terutama bila nak buat list building. Kalau dah banyak pun tak semuanya tak beli pun tak dapat apa-apa gak. Harap2 bro dapat hasil yg lebih baik. Good luck.

    BalasPadam
  10. Sungguh mudah rupanya guna autoresponder untuk menambah pendapatan online.. Senang jika kita tahu caranya.. Biasanya kita berputus asa bila tak tahu caranya.. Terima kasih encikarman, insya Allah akan saya gunakan tips berguna ini pada masa akan datang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba2, boleh cuba utk promote jobdirumah. create 7 mesej promosi dan letak form subscribe kat blog, mesti ada yg sangkut.

      Padam
  11. ramai juga yang dah pakai lifewire ni ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoho, bro pun ada pakai gak kan?

      Padam
    2. pakai gak. tengok target dan kempen la. bukan untuk list puluh ribu. yang puluh-puluh dan ratus-ratus..ok la. hehe

      Padam
  12. Pengguna blogspot kena daftar ni,pengguna hosting dah ada dalam cPanel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq atas perkongsian

      Padam
  13. terima kasih bro! mmg tgh cari yg free dulu...hehe

    mmg tepat waktunya...terima kasih sangat2 bro berkongsi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebetulan yg menarik nih.

      Padam
  14. Saya cadangkn tuan ea buat kelas satu hari. ..cara2 autoresponder dan internet marketing...insalh slh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. salah satu cita2 saya tu tuan, byk benda pun melekat kat otak lagi nih...

      Padam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  16. terima kasih ata sinfo berguna ni tuan... Belum ada masa lagi nak jana duit melalui blog

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  21. Nak kena belajar juga saya benda ini. Tak tahu. Terima kasih perkongsian ini bro arman. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memenag berguna bro, try yg free nih dulu

      Padam
  22. listwire ni satu yang tak berapa syok, owner dia Garry suka hantar emel setiap hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo.. Garry tuh owner ye..tq

      Padam
  23. Dulu pernah cuba dgn trafficwafe, tapi tak menjadi. Mungkin strategi blm ada lagi. Sekarang cuba nak fokus dgn blog dulu. Dah stabil nanti nak mulakan pula dengan autoresponder ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kumpul list awal2 bro..senang bt sale

      Padam
    2. Salam en karman, kena kumpul list awal2 tu .. maksudnya email2 yang kita nak hantar lah ye ?

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    4. create subscription form daripada listwire ni, buat satu siri email untuk di hantar kepada prospek, letak subscription form kat blog. Bila ada orang subscribe, siri email tadi akan di hantar secara berkala ikut apa yg kita set - secara rinskas cam tuh ler tuan, cuba dulu tengok.

      Padam
  24. Balasan
    1. terima kasih brader Rawi.

      Padam
  25. Boleh try ni.. Guna yang free dulu sebelum guna yang berbayar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar tuan, biasakan diri dulu sebelum keluar kos guna yg berbayar. tq tuan

      Padam
  26. Di peringkat belajar ...bagus juga lah yg free...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna free dulu, saya cadangkan, bila dah dapat income dari autoresponder yg free ni, beralih ke yg berbayar pulak.

      Padam
  27. Salam, nice info :)
    Kalau kita nk transfer list2 dr autoresponder free ni kpd yg bbyar boleh ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni saya tak pasti, saya belum pernah buat, sory bro.

      Padam
  28. siapa siapa yang belum ada bisnis online bolehlah cuba2,
    xsusah pon modal pon kecik sgt. 2bln saya dah buat keuntungan 500%
    untuk pencerahan sila click http://j.mp/duithari2masyuk Gaji akan dibyr setiap 10hari terus ke akaun bank

    BalasPadam
  29. Untuk percuma, biasa guna Emelmatik. Tapi percuma setahun sahaja. Setakat ini, sangat berpuas hati.

    BalasPadam