Home » , » Cara Senang Redeem Treatpoint Maybank - Lenovo A706

Cara Senang Redeem Treatpoint Maybank - Lenovo A706


Kali ni aku nak kongsi sikit cara nak redeem treatpoint Maybank dengan barang-barang yang korang nak ler seperti smartphone, peralatan elektrik, jam dan banyak lagi kategori melalui dua portal nih iaitu redeem melalui maybankard atau melalui superbuy.my. Sebelum ni aku dah redeem Samsung Galaxy S3 Mini secara percuma dan dah selamat aku guna sekarang ni. Kali ni pulak aku redeem kat superbuy.my sebab nampak macam treatpoint yang di gunakan rendah skit.

Cara Redeem Treatpoint Maybank - Lenovo A706


Lepas semak point aku, tadi aku redeem smartphone Lenovo Mobile A706 seperti gambar bawah yang berharga ( kalau beli online ) RM589 kat superbuy.my. Aku semak kat lazada harga rm619. Ok yang ni memenuhi selera aku dan cukup dengan treat point yang aku ada sekarang nih. Untuk smartphone Lenovo Mobile A706 perlu 153,500 treatpoint. Point-point ni aku dapat banyak daripada penggunaan kredit kad maybank ( aku mengeletar kalau tak bleh guna kredit kad, macam korang kalau tak bleh buka facebook, cam tu ler rasanya ).

Mula-mula pilih barang di superbuy.my:



 Lenovo Mobile A706
Klik ' redeem dengan treatpoint maybank ' dan korang akan di link ke maybak2u, kena login maybank2u dan seperti biasa, maybak akan minta TAC nombor yang akan di hantar ke handphone korang. Lepas dapat TAC, isi kan ruangkan seperti di bawah:


Detail dari maybank

Kat sini kena tunggu sikit pengesahan dari maybank, dalam 2 minit cam tuh, kalau berjaya, akan keluar status: Successful seperti di bawah:

Status redeem online
 Dan juga akan keluar resit sekali menunjukkan detail mengenai transaksi ni berserta alamat di mana produk ni akan di hantar.


Resit dari superbuy.

Juga maklumat detail akan di hantar ke email, tak perlulah korang print resit nih sebab dah ada copy di email.


Maklumat yang di hantar ke email
Mesti best ni dapat smartphone free walaupun harganya takde le mahal, tapi sebab free, boleh guna lasak-lasak skit. Di harap korang jeles dengan aku dan silalah gunakan kredit kad dengan berhemah.


Terima kasih kerana membaca Cara Senang Redeem Treatpoint Maybank - Lenovo A706. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



30 Komen:

  1. Dekat ofis aku pun member banyak gak redeem point maybank ni sebab guna kad kredit. Selain kad kredit takda cara lain ke nak kumpul point?

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna kredit kad paling cepat naik point, selain tu guna transaksi bayar bil kat maybank2u boleh point jugak, tapi cam siput le nak jadi byk sbb bayar bil tak banyak bulan2.

      Padam
  2. Dah lama aku guna kad kredit tak pernah dapat redeem point dapat barang percuma. Tapi aku tidak guna kredit kad maybank aku guna public bank stat 2004 lagi. Memang pengguna bijak En. Arman ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab nama Arman, tu yg bijak skit tuh..

      Padam
  3. Kawe redeem point Bonus Link jer.. Tak de Maybank CC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena cuba survey2 skit nih, kalau guna cc kat shell, dua-dua kad boleh collect point, cc boleh, bonuslink pun boleh.

      Padam
  4. selalu redeem setahun sekali kat Treatfais kat Midvalley je..itupun suami yg punya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus gak situh, tapi yg tak bestnya, nak masuk... fuhh penuh berlanggar-langar bahu le kata org.

      Padam
  5. tak dapat ler puteri nak redeem point...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuh, pilih dan guna cc secara bijak skit.

      Padam
  6. Seronok jugak tabat treatpoint nie.. dapat tebus untuk electronic gadget

    BalasPadam
  7. kalau pakai debit card tak boleh ke?..hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je, tapi point lambat naik. cari cc yg rm1=5 point, baru cpt byk point tuh

      Padam
  8. ada pakai bonus link sahaja huu... maybank slu shop kain ke kamandar

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. cer try maybank2card.. pasti berbaloi

      Padam
  10. den dah lama tak gune maybank ini pasni ni nak active blik ramai gak pakai maybank

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena cepat skit tuh

      Padam
  11. Oh, baru tau boleh redeem TreatPoint dekat Super Buy. Biasanya redeem kat Sogo jer. Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. superbuy.my boleh, maybankard.net.my boleh. Cuba tgk point yg di perlukan, kekdg produk sama, jumlah point lain

      Padam
  12. fuhh..mana hang dapat treatpoint banyak-banyak tu wehh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tuang minyak banyak2, rm1=5 point

      Padam
    2. kena tuang minyak banyak-banyak juga la mcam ni. boleh buat redeem point juga.

      Padam
  13. Lama tak redeem dari maybank ni,huhu mesti banyak point rasanya

    BalasPadam
  14. Haha..nilah puncanya yang membawa kepada Lenovo A706 percuma tu ekk..haha

    BalasPadam
  15. salam....kalau guna kad debit (cherry) bole redeem points?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg ni saya tak pasti tuan, kena semak masa apply kad kredit dulu

      Padam
  16. Salam semua, encikarman biasa guna stesen minyak mana dapat 5 point =RM1, kat PETRON dapat ke?, saya baru guna Maybank2card..

    BalasPadam
  17. tengok stesyen minyak yg boleh guna amex card. gunakan dihujung minggu. dapat lagi rebet tunai.

    BalasPadam