Home » , » Cerita iPhone

Cerita iPhone

Walaupun model baru iPhone 5S menampilkan pelbagai ciri terkini jauh lebih baik daripada sebelumnya, kos mengeluarkan telefon berkenaan tidak jauh berbeza. IHS Inc dalam kajiannya mendapati, kos melengkapkan pada komponen iPhone 5S 16-gigabait (GB) adalah AS$190.70 (RM615). Ditambah kos pengeluaran AS$8 (RM25.80), menjadikan kos keseluruhan pengeluaran model itu ialah AS$198.70 (RM640) seunit.Sebagai perbandingan, iPhone 5 yang dilancarkan setahun lalu membabitkan kos AS$197 (RM635). 


Penampilan iPhone 5S dengan pelbagai ciri baru dalam dunia telefon pintar seperti pemproses aplikasi 64-bit dan pengimbas pengenalan ibu jari, tetapi tidak membabitkan peningkatan kos yang terlalu tinggi. Firma penyelidikan itu juga mendapati, iPhone 5C 16 GB, varian lebih murah berbanding 5S dengan anggaran kos pengeluarannya sekitar AS$173.45 (RM558) seunit. 

Kajian dapati kos seunit iPhone 5S hanya RM640



5C secara asasnya adalah iPhone 5 yang dibalut plastik kerana mendapati produk ditampilkan dengan ciri hampir sama, cuma mendapat manfaat daripada ekonomi bidangan menerusi pembelian pukal komponen serta kerangka plastik lebih murah. Model beerkenaan dijual pada AS$549 (RM1,768) tetapi dipasarkan pada harga sekitar AS$99 (RM319) menerusi kontrak perkhidmatan dua tahun. Ini adalah telefon pintar termurah pernah dikeluarkan Apple sejajar usahanya melonjakkan jualan di China dan kalangan negara membangun dan dunia ketiga. 

Ini berikutan sebahagian besar daripada pelanggan di negara berkenaan masih belum bersedia untuk membuat pelaburan membeli peranti pintar seperti di Amerika Syarikat dan Eropah. Bagaimanapun, pelbagai pihak terus mengkritik Apple kerana mendakwa iPhone 5C terlalu mahal di negara berkenaan. Mengikut IHS, walaupun kos pengeluaran secara asasnya rendah bagi iPhone 5C berbanding iPhone 5, kos berkenaan sebenarnya adalah dalam jajaran tinggi. 

Justeru, untuk menjual 5C sepadan dengan kedudukannya sebagai telefon pintar murah pada AS$400 (RM1,288) seperti jangkaan pasaran, syarikat itu perlu menurunkan kos pengeluaran 5C pada kira-kira AS$130 (RM418) seunit.


Terima kasih kerana membaca Cerita iPhone. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



15 Komen:

  1. Kalau kakak pun agaknya lebih kurang mereka tak nak guna duit utk membeli gadjet mahal - kalau dibelikan sebagai hadiah bolehlah hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. free le boleh le akak eh, tapi ada yg fanatik ttg iphone ni.

      Padam
  2. lau dia turun harag jdi RM418 tu..teru hari jugak aku pi beli iPhone..hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada minat tuh

      Padam
    2. ye lah..kalo turun harga smpi mcm tu, bukan kata beli aritu jugak..4 ketui sekali kita borong. Kah kah kah..

      Padam
  3. Murah betul, Bila masuk dunia perniagaan terus jadi ribu-ribu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. otak bisnes cam tuh ler

      Padam
  4. Teringan nak guna iPhone. Aku cuma perlu iPhone untuk melengkapkan produk epal yg aku guna he..he..perlukah aku tunggu iphone 6...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kumpul koleksi epal ni

      Padam
  5. Belum ada hati nak beli iphone kerana masih mengidam Blackberry

    Jom singgah dan baca entri terkini saya di [SINI]

    BalasPadam
  6. saya guna iphone bukan kerana brand dan glamernya tapi kerana manfaat yang saya terima berbeza dengan jenama lain. kata orang, tak kenal maka tak cinta

    BalasPadam
  7. belum masanya aku angkat iphone lagi. haha..

    BalasPadam
  8. iphone ni x upgrade2 lagi..
    still guna iphone 3..
    hahahaaa

    BalasPadam
  9. Emm turun lagi lahhhh..ank gak merasa ni..hehe

    BalasPadam