Home » , » Inovasi Galaxy Note 3

Inovasi Galaxy Note 3

Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar siri paling popular terbarunya, Galaxy Note 3 LTE di pasaran Malaysia. Galaxy Note 3 ditawarkan pada harga permulaan RM2,399. 

Produk ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan itu dalam industri selain memacu Samsung dalam usahanya sebagai peneraju inovasi teknologi boleh di pakai.


Samsung Galaxy Note 3 menjadi bukti gergasi elektronik Korea Selatan itu dengan meletakkan satu standard baru dalam inovasi peranti mudah alih pengguna. Lagi update terbaru mengenai gajet kat sini.




Galaxy Note 3 diperkenalkan dengan ciri-ciri premium pada pelindung baterinya, skrin HD penuh super AMOLED berukuran 5.7 inci, kamera 13 megapiksel, RAM 3GB - terbesar dalam industri, kapasiti storan 32GB, slot microSD dan teknologi terkini LTE. 


Produk baru daripada barisan Galaxy Note itu turut memiliki Samsung KNOX iaitu sistem perlindungan sekuriti dan privasi yang dipertingkat khusus bagi memenuhi keperluan enterpris dalam menyediakan ruang simpanan bagi maklumat sensitif perniagaan. 


Jam pintar Galaxy Gear pula diperkenalkan sebagai aksesori terbaik telefon pintar khusus untuk Galaxy Note 3 dengan keupayaan memberi notis pendek bagi panggilan, e-mel dan teks yang masuk ke telefon pintar terbaru itu. 


Selain itu, kemudahan itu juga berupaya digunakan untuk menjawab panggilan menerusi pembesar suara dan mikrofon pada jam, menggunakan arahan suara untuk mendapatkan maklumat daripada internet dan muat turun aplikasi.


Terima kasih kerana membaca Inovasi Galaxy Note 3. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



16 Komen:

  1. Aikk?kenapa dalam iklan TV semalam harganya Rm1500?ke pakej tu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakej tu. Di direct d ( cari kat mudah ) boleh dpt rm2100, area subang jaya kedai tuh

      Padam
  2. pakej dengan galaxy gear buat note3 lebih menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 gajet sekaligus sebab galaxy gear compatible dgn note 3 sahaja, bukan note 2 dan 1. Kalau smartwatch sony compatible dgn semua yg ada android 4.0 ke atas. iwatch apple belum kuar lagik.

      Padam
  3. mak oi..mahal tu! tapi kalau mampu satu nikmat.

    Saya ajak untuk baca entri terkini bertajuk-Segmen Inspirasi Jutawan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau aku le, tak nak aku invest duit kat situ.. hoho

      Padam
  4. Semakin cangih samsung meninggalkan Nokia tanpa sedar...

    BalasPadam
  5. Ramai juga kawan saya guna Note. Mereka kata bateri boleh tahan juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya, ramai guna note, harap2 berbaloi le mereka tuh

      Padam
  6. Samsung Galaxy Note 3 memang berkenan, tapi simpan duilu bajet untuk yang lagi perlu..hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bijak berbelanja ni

      Padam
  7. hmm..bajet mmg xcukup nk kejar smartphone ni

    BalasPadam
  8. saya kalau phone rosak baru tukar kepada yg baru, hehe

    BalasPadam
  9. berminat juga dengan note 3 ini tapi keadaan tak mengizinkan huhu

    BalasPadam
  10. terbaik beb! tapi ak tetap rasa nak tunggu nexus 5 keluar.. nak tengok power ke tak

    BalasPadam