Home » , » Jagung Berwarna warni Pertama Dicipta Di Dunia (10 GAMBAR)

Jagung Berwarna warni Pertama Dicipta Di Dunia (10 GAMBAR)

SEKALI pandang mungkin jagung ini umpama biji-biji manik yang berwarna-warni dan mungkin ada yang akan menganggapnya sebagai jagung plastik. Hakikatnya, jagung berwarna-warni yang dinamakan Gem Glass ini memang asli dan berasal dari Oklahoma. Ia dihasilkan oleh seorang petani yang bernama Carl Barnes selepas penyelidikan dan usaha selama bertahun-tahun.



Barnes mendapat idea ini selepas menyedari jagung mempunyai biji yang berlainan warna dan mencantumkan benihnya sehingga boleh menghasilkan tongkol jagung yang mempunyai pelbagai warna. Bagaimanapun, beliau tidak sempat melihat hasil benih tersebut kerana meninggal dunia.

Mujurlah Barnes sempat menurunkan pengetahuan itu kepada rakannya, Greg Schoen dan memintanya menjaga tradisi itu.
Pada tahun 2010, Schoen memutuskan untuk memberi benih tersebut kepada seorang pengusaha benih di Arizona, Bill McDorman. “Saya terpesona dan tidak pernah ada orang yang pernah melihat jagung seumpama ini,” katanya.
Benih tersebut kini dijual kepada orang ramai melalui laman web dengan harga RM25.47 setiap paket dan mendapat sambutan begitu hangat sehingga kerap kehabisan stok.

Menarik, memang tak pernah ada produk sebegini sebelum ini... tengoklah tak lama lagi ade la sampai kat malaysia jagung dengan pelbagai warna -  Koleksi Menarik.


Terima kasih kerana membaca Jagung Berwarna warni Pertama Dicipta Di Dunia (10 GAMBAR). Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



7 Komen:

  1. jagung yang tidak boleh makan, hanya cantik untuk hiasan sahaja. Memang menarik...

    BalasPadam
  2. tak berani nak makan benda-benda yang berwarna begini..

    BalasPadam
  3. boleh makan ker ni.. takut rasa nanti nak makan macam ni.

    BalasPadam
  4. dh macam manik..nak makan pun risau

    BalasPadam
  5. memang lawa, lagi banyak warna lagi mahal kot...

    BalasPadam
  6. jagung berwarna....memang pelik dan lain dari yg lain...eeee takut pulak nak makan kalau warna mcm nie ekekeee

    BalasPadam
  7. macam bukan jagung jer kan

    BalasPadam