Home » , » Keluarga mahu batu nisan SpongeBob dikembalikan

Keluarga mahu batu nisan SpongeBob dikembalikan


Cincinnati: Keluarga veteran perang Iraq Kimberly Walker 28, yang mati dibunuh, mahu batu nisan SpongeBob SquarePants dikembalikan semula ke pusaranya manakala pegawai perkuburan yang memindahkannya, bertegas tidak membenarkan karektor kartun itu diletakkan semula di situ. 


Deborah Walker memberitahu The Associated Press selepas pertemuan dengan pegawai Perkuburan Spring Grove kelmarin beliau mempertimbangkan pelbagai cadangan mereka jika pihak pengurusan perkuburan juga berfikir mengenainya – dengan meletakkan semula batu nesan anaknya, Kimberly. 


Namun presiden perkuburan itu, Gary Freytag, berkata ia bukan pilihan. Batu nisan berbentuk karektor kartun itu didirikan di Perkuburan Spring Grove pada 10 Oktober lalu, hampir lapan bulan selepas Walker ditemui dibunuh dalam bilik hotelnya di Colorado. 




Dapat kelulusan awal 


Walaupun mendapat kelulusan awal pentadbir perkuburan mengenai reka bentuk batu nisan, karektor kartun SpongeBob tersenyum dalam pakaian tentera, dengan nama Walker dan pangkat – kakitangan perkuburan menghubungi keluarganya sehari selepas ia diletakkan memberitahu ia perlu dibuang. 

Pegawai berkata, pekerja yang meluluskan reka bentuk itu membuat kesilapan. Ia dibawa turun bersama-sama salinan hampir sama yang didirikan untuk kembar Walker yang masih hidup. 
Deborah Walker berkata, beliau kecewa dengan Spring Grove, berkata keluarganya mempunyai kontrak, mahu ia dihormati seperti dijanjikan dan kini mempertimbangkan tindakan undang-undang. 

“Anda tidak boleh menyalahkan pekerja. Beliau mewakili pengurusan perkuburan dan apabila melakukan kesilapan, anda perlu membetulkan. Letakkan semula SpongeBob,” katanya. - BH


Terima kasih kerana membaca Keluarga mahu batu nisan SpongeBob dikembalikan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



9 Komen:

  1. Memang unik la batu nisan nie... Menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam2 ada kat luar Malaysia ni

      Padam
  2. Batu nesan Spongebob? Ingatkan tadi Spongebob yang mati. Mahu nangis anak saya pulak nanti.

    BalasPadam
  3. Aisey...macam ini pun ada jugak...adeh

    BalasPadam
  4. memang kreatiflah mereka nie dalam soal begitu..

    BalasPadam
  5. Assalam en Arman
    Pasti mahal harganya nisan itu. Tempah khas agaknya.

    BalasPadam
  6. ada ke nk buat batu nisan spongebob

    BalasPadam