Home » » Lelaki tinggal 10 tahun dalam kereta

Lelaki tinggal 10 tahun dalam kereta

Seorang lelaki berusia 83 tahun, Oscar Almaguer tinggal di dalam sebuah kereta Volkswagen Beetle keluaran tahun 1967 di pinggir Monterrey, Mexico,Warga emas itu menjadikan kereta tersebut sebagai rumahnya selepas dia bercerai dengan isterinya 10 tahun lalu.Dia mengubah suai kereta tersebut dengan meletakkan kusyen dari sebuah kereta keluaran Volkswagen yang lain di dalam kenderaannya itu.
Sebahagian barang-barang milik warga emas itu seperti besen dan kasut disimpan di dalam hud kereta tersebut.Dia juga menggunakan penutup plastik berwarna hitam untuk melindungi badan kereta tersebut daripada pancaran cahaya matahari.Oscar tidak menggunakan kunci untuk menghidupkan enjin kereta itu.

Kereta tu masih boleh dipandu walaupun usia dah 46 tahun

Sebaliknya, dia menyambung dua wayar untuk menghidupkan enjin kereta tersebut.Enjin kereta itu adalah dari sebuah model kereta sedan Volkswagen.

Kereta itu juga mempunyai alat selak kunci yang dipasang pada pintu kenderaan tersebut.Walaupun dijadikan tempat tinggal, Oscar turut memandu kereta yang berusia 46 tahun itu. - Kosmo


Terima kasih kerana membaca Lelaki tinggal 10 tahun dalam kereta. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



8 Komen:

  1. ade tak keje betul la orang ni..ini lah dia hidup tak ada arah tujuan..frust sgt kot selepas bercerai

    BalasPadam
  2. kesian, janji boleh terus hidup, ok la

    BalasPadam
  3. tak pasti sebab susah atau kekecewaan dan bawak diri ni....heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. takkan frust awek kot

      Padam
  4. Jimat betul , tak payah nak bayar duit sewa rumah macam ini

    BalasPadam
  5. Mungkin dia takda pilihan lain selain tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli rumah ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita pun kena j imat cermat gak

      Padam
  6. saya salute dengan kereta tu..tahan lama.

    BalasPadam