Home » , » Mak ii... besarnya batu!

Mak ii... besarnya batu!

Seorang penunggang motosikal nyaris dihempap batu seberat lima tan yang menggelongsor jatuh dari bukit akibat tanah mendap semasa melalui Jalan Tun Sardon ke Paya Terubong, Balik Pulau di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, simen konkrit penghadang yang dibina di lereng bukit berkenaan pecah akibat pergerakan tanah menyebabkan sebatang pokok tumbang ke jalan raya bersama bongkah batu tersebut.



Keadaan itu menyebabkan satu laluan terpaksa ditutup selama empat jam bagi mengalihkan bongkah batu itu oleh pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Saksi kejadian, Azhan Sulaiman, 45 berkata, ketika kejadian dia yang dalam perjalanan dari Balik Pulau ke pusat bandar terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat bongkah batu besar jatuh dari atas bukit.
Katanya, dia yang memberhentikan motosikal hanya mampu menjerit dan melambai-lambaikan tangan kepada seorang wanita yang menunggang motosikal dari arah bertentangan daripada dihempap batu berkenaan - Kosmo.


Terima kasih kerana membaca Mak ii... besarnya batu!. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



10 Komen:

  1. Memang besau! Syukur Alhamdulillah...tiada malapetaka yg menimpa.

    BalasPadam
  2. besarnya..mujur tak berlaku kemalangan jiwa

    BalasPadam
  3. ini anugerah alam le ni kot

    BalasPadam
  4. 5 tan kot... kete kebal pun blh kemek...

    BalasPadam
  5. Makk aii, besarnya. Kalau kena kat jengkaut yang kat belakang tu harus kemek juga jengkaut tu.

    BalasPadam
  6. Assalam.
    Masyaallah. Besar betul batu ni. Menakutkan jer.

    BalasPadam
  7. batu besar macam tu.kalau hempap manusia memang tak tahu lagi apa yang akan berlaku..

    BalasPadam