Home » , » Mesin duit maya pertama di dunia

Mesin duit maya pertama di dunia

Tiga orang usahawan muda di Kanada telah menghasilkan mesin automatik untuk menukarkan sebarang wang kertas dengan duit yang boleh digunakan untuk traksaksi di internet. Mesin itu yang dikenali sebagai Bitcoin adalah yang pertama di dunia.Ia digunakan kelmarin yang kemudian dihantar ke Vancouver di barat Kanada oleh sebuah syarikat pengeluar mesin tersebut di Amerika Syarikat (AS), Robocoin.Mesin itu diletakkan di dinding sebuah kedai kopi popular dan menyerupai sebuah Mesin Teler Automatik (ATM).
Bagaimanapun, selain mampu melakukan urus niaga tunai, ia juga mampu menukarkan mata wang Kanada dengan duit maya yang digunakan dalam dunia internet.Duit itu mula dicipta pada tahun 2008 oleh seorang saintis komputer yang hanya dikenali dengan nama samaran Satoshi Nakamoto.Beberapa orang pelanggan mula beratur panjang kelmarin untuk menggunakan mesin ATM itu dan kemudian menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli air kopi dan mufin di kedai kopi Waves.

"Mesin ATM ini adalah yang pertama di dunia," kata pengasasnya, Mitchel Demeter.

Demeter merupakan seorang usahawan tempatan yang memulakan perdagangan mata wang elektronik beberapa tahun lalu.Dia dan rakan-rakannya yang pernah belajar bersama berkata, mereka melihat mesin ATM sebagai sebuah peluang perniagaan."Tiada orang memiliki mesin ATM. Semua orang hanya melakukan pembelian dan penjualan di dalam laman web sahaja," kata Demeter.
Para pelanggan akan menggunakan nombor pengenalan peribadi untuk mengakses akaun mereka di mesin duit maya itu.Pelanggan-pelanggan itu akan memasukkan wang kertas ke dalam mesin tersebut yang akan menukarkannya ke dalam bentuk mata wang maya yang akan dimasukkan ke dalam telefon bimbit menerusi kaedah pengimbas.
Para pengguna kemudian akan membelanjakan duit maya itu dengan menggunakan telefon bimbit iaitu cara yang sama kad kredit digunakan - Kosmo



Terima kasih kerana membaca Mesin duit maya pertama di dunia. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



5 Komen:

  1. macam2 teknologi sekarang ni..tapi aku rasa dah lama aku dengar pasal bitcoin ni

    BalasPadam
  2. boleh berkembang ke tak mesin nih, kita tunggu je

    BalasPadam
  3. Bagus juga macam ni, tak perlu bawa duit banyak-banyak kat tangan. :-)

    BalasPadam
  4. Kira macam kad debit lah ni. Mesti ada duit dalam akaun...kalau tak masukkan duit mmg tak dapat nak guna.

    BalasPadam