Home » , » Ratu cantik ayam akan diadakan di Arab Saudi

Ratu cantik ayam akan diadakan di Arab Saudi

Satu pertandingan ratu cantik untuk ayam akan diadakan di ibu kota Arab Saudi pada Jumaat ini, lapor akhbar berbahasa Arab, Sabq kelmarin. Acara itu akan diadakan oleh seorang peladang di Arab Saudi yang turut menjemput peladang-peladang di beberapa negara Teluk lain ke pertandingan berkenaan. Puluhan ekor ayam betina dan jantan akan berhimpun di ladang tersebut untuk pertandingan ratu cantik ayam yang julug kali diadakan di negara berkenaan.



Peladang itu, Mutaab Al-Othman berkata, pertandingan tersebut diadakan di ladang miliknya dekat ibu kota Riyadh pada hari Jumaat.
"Pertandingan ini akan melibatkan satu acara lelongan untuk ayam yang jarang ditemui. Sebahagian ayam ini pernah menyertai pertandingan yang sama di Jerman dan mendapat kedudukan yang baik," katanya
Al-Othman berkata, ayam yang dipertandingkan mampu mencecah harga di antara SR$2,000 hingga SR$10,000 (RM1,726 hingga RM8,630) setiap seekor di acara lelongan tersebut.
"Sebahagian baka ayam pernah dijual lebih dari SR$35,000 (RM30,208) pada satu acara lelongan sebelum ini," tambahnya yang tidak menjelaskan bagaimana ratu ayam itu akan dipilih kelak dalam acara berkenaan. - Kosmo


Terima kasih kerana membaca Ratu cantik ayam akan diadakan di Arab Saudi. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



12 Komen:

  1. Buang duit je beli ayam mahal mahal. Bukan boleh buat ape pun.

    BalasPadam
  2. wahhh untuk ayam pun ada pertandingan ratu cantik rupanya..hehe

    BalasPadam
  3. kesian ingat manusia sahaja ada pertandingan ratu ini rupanya ayam pun adalah

    BalasPadam
  4. hoho.. dah takde keje sangat nih.

    BalasPadam
  5. Ayam pun ada pertandingan ratu cantik?? Ahaha..dah xde hobi sgt dah org2 arab ni kot..

    BalasPadam
  6. macam xda kerja ja arab nih

    BalasPadam
  7. kalau dekat Malaysia.."ayam" ada banyak maksud juga..hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi ayam pun boleh

      Padam
  8. kesian kat ayam-ayam tu..tak tahu pun diorang masuk ratu cantek punya pertandingan

    BalasPadam
  9. haha bagai bagai.. klu bab cerita pelik, memang blog ni #1!!!

    BalasPadam
  10. Apa syarat-syaratnya bro? Ibu ayam boleh masuk ker?

    BalasPadam
  11. hoho.. ibu ayam masuk reban je kot

    BalasPadam