Home » » Rihanna Pakai Tudung di UAE

Rihanna Pakai Tudung di UAE

ABU DHABI - Penyanyi terkenal, Rihanna mencuri tumpuan apabila dia menutup aurat dengan mengenakan hijab semasa mengunjungi sebuah masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline.Dia yang sering berpakaian separuh bogel dilihat memakai sut labuh berwarna hitam semasa bergambar di luar Masjid Sheikh Zayed di sini.Rihanna, 25, menyarung pakaian menutup aurat kerana menghormati cara berpakaian masyarakat Islam di negara Asia Barat itu.



Walaupun tampil bergaya sopan, bekas kekasih penyanyi Chris Brown itu tetap mencuri tumpuan dengan mengenakan gincu bibir dan pengilap kuku berwarna merah serta kalung emas.
Penyanyi kelahiran Barbados itu baru tiba di UAE sempena konsert jelajah Diamonds selepas membuat persembahan di Afrika Selatan.
Namun, portal hiburan RadarOnline melaporkan bahawa sejumlah peminatnya di Johannesburg, Afrika Selatan marah apabila Rihanna didakwa hanya menyanyi menggunakan teknik gerak bibir.
"Saya tidak rasa harga tiket berpatutan memandangkan tahap persembahan," kata seorang peminat, Nicole Contini. - Kosmo.



Terima kasih kerana membaca Rihanna Pakai Tudung di UAE. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



6 Komen:

  1. Org bukan islam yg pandai hormati masjid dan negara islam. Baguslah..

    BalasPadam
  2. bukan mudha nak tengok orang betul bertudung tak nampak rambut apa lagi siap tutup aurat cara betul...sungguh terharu cara dia berpakaian sungguhpun di abukan orang islam

    BalasPadam
  3. kira dia hormat org Islam, ok dah tuh

    BalasPadam
  4. jgn timbul plak cerita dia peluk Islam lepas ni..hu3

    BalasPadam