Home » , , , » Diabetes semakin menakutkan

Diabetes semakin menakutkan

Penyakit dewasa ni memang banyak menular, macam-macam jenis. Tapi kencing manis atau diabetes nih dari dulu sampai sekarang, makin bertambah. Orang kata penyakit potong kaki sebab kalau kena diabetes, ada luka kat kaki, susah nak sembuh sebab luka tu dari dalam. Maknya daging dalam rosak dulu, lepas tuh baru le boleh nampak keluar dari kulit. Penyakit ni terbalik skit cara cederanya. Aku pernah dengar kekawan bercerita ler, kalau kena diabetes, buntut jadi jatuh! Kalau sebelum ni buntut bulat jer, bila kena diabetesm jadi kempis. Laki ke perempuan ke, sama jer. Jadi, ingat-ingat kekawan sebab penyakit nih kalau dah kena, tak boleh undur balik, macam resdung gak. Jom layan berita dari kosmo tentang diabetes nih.

Belanja besar untuk rawat diabetes

Kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia kini menghidap penyakit diabetes sekali gus mencetuskan kebimbangan kerajaan apabila kira-kira RM2 bilion terpaksa dibelanjakan bagi merawat penyakit itu setiap tahun.Ini bermakna setiap pesakit perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM770 bagi merawat penyakit tersebut dalam setahun.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, ia merupakan anggaran kasar bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan dan swasta.Beliau berkata, perbelanjaan yang besar itu merupakan satu bebanan yang secara tidak langsung akan memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sosioekonomi negara.
"Jadi saya menyarankan agar semua individu di Malaysia supaya lebih peka dan mengambil berat tentang penyakit diabetes serta berusaha menangani masalah itu secara menyeluruh.
"Kos rawatan untuk pesakit kencing manis adalah mahal. Kebanyakan ibu bapa tidak mampu membayar alat rawatan termasuk alatan bagi memeriksa tahap diabetes mereka," katanya.


Terima kasih kerana membaca Diabetes semakin menakutkan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



9 Komen:

  1. bukan salah gula tapi salahnya kita...he3

    BalasPadam
  2. Assalam
    Boleh kurangkan penggunaan gula. Insyaallah sedikit sebanyak boleh membantu - kesungguhan/doa

    BalasPadam
  3. jaga jaga ooo kencing manis nih.. mmg bahay, mudah kena

    BalasPadam
  4. penyakit ini berbahaya bila dibiarkan berlarut-larut, karena nantinya akan membuat organ-organ yang sehat di dalam tubuh akan kena imbas dampak buruk dari penyakit Diabetes Mellitus ini.
    Salam kenal dan salam persahabatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam salam... jemput masuk..

      Padam
  5. saya takut juga dengan penyakit ini mak ayah ada dua benda ini.kami adik beradik selalu berhati-hati.

    BalasPadam
  6. macam resdung gak hurn ye ker..taklah sb suamu ada resdung gak dah lama kena pagi bersih sahaja.lendir pula tu.batuk pun keluar lendir..tapi sejak kawin resdung blh hilang ..alhamdulillah.

    BalasPadam
  7. sekarang ini semua benda kita makan kena kawal. tapi baru saya tahu bro kata punggung boleh jatuh huhu...

    BalasPadam
  8. aku pun skeptik first first pasal diabetes nie. Tapi lepas aku baca laporan WHO. Malaysia merupakan negara ke-10 yang mempunyai kadar peningkatan penyakit diabetes.

    So, orang malaysia nie begitu rajin cari penyakit diabetes.

    BalasPadam