Home » , , » Gemuknya... susah nak travel

Gemuknya... susah nak travel

Seorang pemuda gemuk yang merupakan warga Perancis yang seberat 230 kilogram, Kevin Chenais akhirnya dapat pulang ke tanah airnya kelmarin.Dia sebelum ini, terkandas di Amerika Syarikat selepas dilarang menaiki sebuah pesawat penerbangan dan kereta api.Chenais yang berusia 22 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan akibat hormonnya yang tidak stabil.Dia tiba di Pelabuhan Calais, Perancis dengan menaiki sebuah feri dari Dover, England. Macam tu lah kesusahan kalau berat badan berlebihan, kena berusaha turunkan berat badan segera dengan produk yang membantu kurangkan masalah berat badan dalam masa 25 hari sahaja!
"Dia mengembara seperti yang dijadualkan atas semangat Britain pada pukul 4.40 petang," kata seorang jurucakap sebuah perkhidmatan feri.

Kisahnya...


Pemuda itu kemudian menaiki ambulans ke bandar Ferney-Voltaire di sempadan Switzerland.Pada mulanya, dia dirawat di Klinik Mayo, Minnesota, AS berhubung masalah kegemukannya.Namun, dia terkandas di AS selepas syarikat penerbangan British Airways enggan membenarkannya menaiki pesawat.Pemuda itu juga tidak dibenarkan untuk sebuah kapal persiaran Queen Mary 2.Chenais perlu kerap untuk menyedut oksigen.


Namun, pemuda berkenaan akhirnya tiba di London selepas syarikat penerbangan Virgin Airlines bersetuju membawanya pada Selasa lalu bersama keluarganya.Apabila tiba di Britain, dia juga tidak dibenarkan untuk menaiki sebuah kereta api bawah tanah ke Perancis atas alasan keselamatan.

Chenais dan keluarganya kemudian bermalam di sebuah hotel dekat Terminal Eurostar di London selepas tidak dibenarkan menaiki kereta api tersebut.Kos penginapannya di hotel itu ditanggung oleh pihak pengurusan Eurostar.Menerusi bantuan beberapa kakitangan konsulat Perancis, Chenais meninggalkan London tengah hari kelmarin dengan menaiki sebuah ambulans ke Dover.
Dia kemudian menaiki sebuah feri menyeberangi Selat Inggeris ke Perancis. - Kosmo


Terima kasih kerana membaca Gemuknya... susah nak travel. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. Emm kena usahakan agar badan tu kurus sikit..kalau tak susah la...

    BalasPadam
  2. urmm... begitu banyak rintangan..

    BalasPadam