Home » , , » KFC bakal buka restoran mesra alam

KFC bakal buka restoran mesra alam

PENGENDALI francais restoran KFC di Malaysia, QSR Brand (M) Holdings Sdn Bhd (QSR Brand) akan membuka cawangan restoran KFC mesra alam di Nilai, Negeri Sembilan menjelang suku pertama tahun depan, sekali gus menjadi cawangan pertama seumpamanya di Malaysia.Pengarah Urusan QSR Brand Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, pembukaan cawangan itu melibatkan pelaburan kira-kira RM5 juta.

“Bagaimanapun buat masa ini, kami masih berada di peringkat untuk mereka bentuk restoran itu," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara KFC (Semenanjung Malaysia) Sdn Bhd dengan pengeluar skuter Eclimo Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.
Melalui perjanjian itu, Eclimo akan membekalkan skuter elektrik 100 peratus mesra alam bagi operasi penghantaran KFC di sekitar Lembah Klang.

KFC Delivery




Menurut Ahmad Zaki, menerusi pembukaan cawangan berkonsep baru itu, KFC menjangkakan pertumbuhan perolehannya akan melebihi lapan peratus tahun depan.Mengulas berhubung perkembangan perkhidmatan bagi KFC Delivery, Ahmad Zaki berkata syarikat itu akan menambah 40 restoran penghantaran sepanjang   tahun hadapan.

“Setakat ini, kami mempunyai 41 restoran sedia ada di Lembah Klang dan bakal membuka sembilan lagi cawangan sebelum akhir tahun ini.

"Kami turut meluaskan perkhidmatan itu di Pulau Pinang dan Johor Bahru dan akan diikuti Sabah dan Sarawak dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eclimo Liew Chung Peng berkata, syarikatnya akan turut membekalkan skuter elektrik bagi restoran Pizza Hut.

"Eclimo akan menyerahkan 50 skuter untuk 41 restoran KFC sedia ada selain menghantar 30 unit skuter ke lima atau enam cawangan KFC di Pulau Pinang dalam tempoh beberapa minggu akan datang," katanya.

Skuter elektrik Eclimo ES11 menggunakan kuasa elektrik palam tiga pin biasa dengan  sistem penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana ia boleh dicas di mana-mana kawasan yang mempunyai sumber elektrik - Sinarharian.


Terima kasih kerana membaca KFC bakal buka restoran mesra alam. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



10 Komen:

  1. KFC sentiasa hadir dengan pelbagai teknik pemasaran yang baik :)

    BalasPadam
  2. Oooooo, kalau di Indonesia itu namanya "ramah lingkungan".

    konsep yang bagus, meski kalau boleh kritik, konsep ramah lingkungan dengan cara menggunakan skuter listrik sebenarnya tidak berhubungan langsung dengan pengelolaan restoran. atau mungkin KFC masih menyimpan konsep lainnya yang belum diumumkan ke publik? kita tunggu. :)

    BalasPadam
  3. wah! bagus nie..usaha yang baik

    p/s:Entri terbaru saya.... Review Blog: jantan.my

    BalasPadam
  4. Assalam
    Ayam goreng tepung memang sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam kat kedai tomyam je

      Padam
  5. menarik ni...bila dah buka nanti bolehlah puteri pergi sebab dekat...hehehe

    BalasPadam
  6. Best mereka yang tinggal berdekatan nila, boleh merasa dulu perubahan yang KFC bawa.

    BalasPadam
  7. kat tempat aku agak kureng rasanya ayam KFC tu..ntah kenapa

    BalasPadam
  8. urmm... bile la Marry Brown nk buka delivery plak ea?

    BalasPadam