Home » » Kisah pelajar UMP bergambar intim dengan bekas bf

Kisah pelajar UMP bergambar intim dengan bekas bf


Pelajar wanita Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dikaitkan dengan penyebaran gambar intim bersama bekas teman lelakinya di laman sosial Facebook (FB), sudah membuat dua laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu menggunakan namanya. Laporan pertama dibuat pelajar berusia 20 tahun itu pada April lalu, manakala yang terbaru pada Isnin lalu di Balai Polis Gambang, dekat sini.Selain pernah di ugut bunuh, pelajar tu jugak  mendakwa tidak mengetahui kewujudan FB menggunakan nama samarannya itu. 



Pernah diberi kaunseling 


Pelajar berasal dari utara tanah air itu juga mendakwa sudah memaklumkan kepada pentadbiran universiti berhubung perbuatan bekas teman lelakinya dan difahamkan, UMP pernah memanggil pelajar lelaki berkenaan untuk diberikan kaunseling. 

Sangat intim nih wehhh...

Sementara itu, seorang ahli keluarga pelajar berkenaan ketika dihubungi memaklumkan pelajar itu sedang bercuti di kampung dan tidak mahu diganggu. 

Katanya, tindakan pelajar lelaki itu sudah melampau dan meminta polis mengambil tindakan tegas terhadapnya. Penyebaran gambar pasangan pelajar itu mula mendapat perhatian di laman sosial sejak minggu lalu dan mendapat pelbagai reaksi pengguna internet. 

Selain gambar intim pasangan berkenaan dipercayai dirakam ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal di negeri ini, akaun FB itu juga memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata perbuatan pelajar berkenaan amat dikesali dan tindakan sewajarnya patut diambil jika terbukti bersalah. 

Perkara utama perlu kita ambil perhatian dalam isu ini ialah nilai peribadi pelajar itu seolah-olah tidak segan membuka aib mereka untuk tatapan umum. 

Individu seperti ini jelas membuktikan mereka kurang kasih sayang dan tidak memahami ajaran Islam sebenar. Tindakan mereka ini bukan saja mengundang kemarahan orang ramai, bahkan memalukan keluarga mereka sendiri, katanya. - BH


Terima kasih kerana membaca Kisah pelajar UMP bergambar intim dengan bekas bf. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



15 Komen:

  1. mcm2lah kes skang ni... takut kdg2 ! done nuffnag yer

    BalasPadam
  2. yang kedua-dua mereka bersalah..tetapi yang lelaki juga harus menerima hukuman yang setimpal kerana mengaibkan keluarga si perempuan..sy lebih simpati kepada keluarga perempuan tu sebenarnya...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. semakin berani diaorang ni. yang pasti orang tua yang dapat malu...

    BalasPadam
  4. Wah masih pelajar kok berbuat kayak getu ya. Harus nikah dulu seharus nya ya mas :)

    BalasPadam
  5. nafsu mengatasi segalanya, skrg menyesal tak guna

    BalasPadam
  6. Apa agaknya tujuan bekas boyfriend tu berbuat demikian? memalukan diri dan keluarganya sendiri

    BalasPadam
  7. saya doakan agar Allah s.w.t memberikan hidayah buat mereka. sesi kaunseling yang diberikan kepada mereka merupakan antara alternatif terbaik untuk menegur mereka. semoga dapat memotivasikan diri mereka untuk hidup berlandaskan syariat yang telah ditetapkan dalam Islam.

    BalasPadam
  8. setiap manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan.. seharusnya mereka segera insaf dan bertaubat di atas kesilapan yang lalu.. yang menyedihkan apabila si lelaki sanggup membuka pekung di dada sendiri..

    BalasPadam
  9. apalah nak jadi dengan orang zaman sekarang ni..yang sedap aje tau.

    BalasPadam
  10. Astaghfirullah, moga kita semua dijauhkan dari perkara yang amat aib ni.

    Inilah dunia akhir zaman yang Nabi Muhammad katakan.

    BalasPadam
  11. benda-benda macam nie kesukaan ramai kerana dorongan syaitan dan nafsu..tingkatkan iman !

    BalasPadam
  12. Benda-benda cam ni boleh jadi pada semua orang. Kawe reserved my comment on this. Harap2 anak cucu kita dijauhi dari segala perkara-perkara yang tidak baik.. aminn...

    BalasPadam
  13. Masalah pergaulan bebas muda-mudi sekarang ini begitu kritikal. Undang-undang sekarang tak begitu menakutkan mereka untuk buat maksiat...

    BalasPadam
  14. Gambar nya mana?tak ada ke??huhu

    BalasPadam