Home » , , , , » Port Dickson aku datang

Port Dickson aku datang

Hujung minggu lepas, aku pergi lepak-lepak di Port Dickson, nak tenangkan minda skit sambil hirup udara masin tepi pantai nih, aku memang suka ke tepi pantai bermain ombak dan usha-usha apa yang patut. Dari Subang Jaya, dekat je nak ke Port Dickson ni, tak sempat nak boring dah sampai, bayar tol skit ( 2 tol ) follow sign board jer, sampai le tu. Lagi satu kat Port Dickson ni orang kata ikan bakar dia best? Iya ke? Sapa-sapa pernah ke Port Dickson mesti dah try ikan bakar kat sini. Kalau korang nak usha lagi, aku pernah jalan-jalan kat tepi pantai yang lain di Malaysia nih. Lagi satu aku nak ingatkan, kalau dah dapat payment projek online ataupun kerja part time online ni, pergi le jalan-jalan bawak famili.


Lokasi Dan Review Avillion Port Dickson



Tengok peta skit yang aku ambil dari cuti.my, senang je nak cari hotel dan resort kat Port Dickson nih, belambak sama ada dah penuh ke belum, tu jer.


Lokasi Avillion Admiral Cove Port Dickson



Kat sini tempat bot berlabuh rupanya sebab tepi kolam banyak bot di ikat kat sini

Ni bilik yang aku duduk, ada kipas dan ekon tapi takde kapet. Kalau keluar bilik air nanti licin, kena hati-hati skit. Bilik ni harga dalam rm197 ( ada orang sponsor hoho ). Ada kelihatan beberapa ekor anak lipas dalam bilik nih hoho
Kolam mandi terbaik, tapi takde gelungsur yg budak-budak dan orang tua cam aku suka. Bentuk kolam ni unik kit. tile kaler biru tu yg nampak biru tuh.

Ini tempat breakfeast bahagian luar restoran, kat dalam pun ada. Kalau kat luar boleh nampak laut.
Ada lagi kolam renang, tempat budak main. Aku cadangkan sapa-sapa yang belum lepas berenang tuh, sila berendam kat sini je. Air paras kaki labah-labah jer.











Ni pantai sebelah Avillion Admiral Cove, boleh jalan kaki ke pantai nih. Best sini sebab pantai landai, boleh mandi dan manda juga main pasir buat istana pasir. Tak ramai orang kat pantai nih.


Tempat makan di Port Dickson


Tempat makan kalau tempat-tempat tepi pantai cam nih, belambak ler, cari je mana nak. Aku usha-usha nak cari tempat ikan bakar Port Dickson ni, tapi agak jauh plak dari hotel aku duduk nih, yang paling dekat Restoran Sri Mesra dan budak-budak hotel pun rekemen tempat ni. Jadi makan malam aku kat sini. Sup tulang perghhh... baikkk ( mungkin juga sebab sup tu dah nak habis, tu yg kawww tu, pekat semacam ) dan juga seafood le kat sini. Ikan siaz besar-besar baq hang. Harga banding dengan KL, sini lagi murah le, tapi nak bayar dengan kredit kad tak boleh le hoho.





Jadi untuk ke Port Dickson atau ke tempat-tempat peranginan lain, sangat lah sesuai cuti-cuti sekolah nih. Sila rancang perjalanan dan jangan over bajet, kalau ada duit mudah dapat takpe le kan. Buat duit dengan adsense pun belum masuk lagi ni. Satu je hampeh skit kali nih, power bank murah belum beli lagik hoho.. asyik kekurangan bateri je smart hone nih.Kalau korang join contest pun boleh kumpul duit untuk jalan-jalan gak.

Jadi kongsi sikit pengalaman korang kat Port Dickson.


Terima kasih kerana membaca Port Dickson aku datang. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



48 Komen:

  1. Aku dah lama tak pegi PD. Kali terakhir pegi semasa zaman sekolah menengah dulu, waktu tinggal kat Selangor...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena bwk khemah bro berkhemah kat sini plak

      Padam
  2. siapa yang suka pantai dan makan-makan PD ni bagus jadi pilihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pantainya hebat dr teluk batik

      Padam
  3. pun tengah berkira2 nak ke PD cuti2 ni ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik, cari yg hotel/resort jalan kaki je ke pantai

      Padam
  4. Wah asyiknya bisa jalan-jalan berlibur bareng keluarga :)
    Tempatnya indah ya mas hampir mirip sama pantai di Bali :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mas, belum sampai Bali lagi, ada rejeki ingat mau ke sana

      Padam
    2. Iya kalau ada rejeki, boleh jalan-jalan ke bali. Jangan lupa mampir juga di tempat saya, di Jawa hehehe ^^

      Padam
  5. wahh..ikan bakar tu nampak mengacam la plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikan fresh bro, pilih sendiri dlm akuarium

      Padam
  6. tak pernah berjaya nak gedik manja kat katil hotel area pantai PD tu semenjak dua menjak ni.. setakat buat lintas hormat je kat area tu.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena buat gedik manja nih... hebat ayat nih.. seram aku di buatnya

      Padam
  7. best jugak kalau dapat jalan2 kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. elok sgt, kalau dr kl pergibalik hari pun boleh. Ada org pacak khemah jer bermalam tepi pantai

      Padam
  8. dah lama tak pegi pd . suka mkn nasi kukus ayam golek kat sebelah marina resort . sedap !

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoh? nasi kukus ayam golek.. belum penah try agi nih

      Padam
  9. Jangan lupa main banana boat kat sana En Karman, best ooo. Tapi ikan bakar kat sana memang best gila. Rindu gak nak pergi sana lagi.
    Tahun ni belum sempat gi PD, masih kena tunggu anak habis periksa dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum merasa banana boat lagi nih.

      Padam
  10. Assalam
    Katanya Port Dickson ini adalah Bandar Tentera ya En Karman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2, ada signboard cam tuh

      Padam
  11. Balasan
    1. mari lah malaysia bro, jale2 sini pulok

      Padam
  12. p pd lawat adik.. hihi..

    tak pernh nak p area2 lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. try sekali kat pantai nih, hala ke pd, trafik light belik kiri, terus jer sampai nmpk avillion hotel, masuk kanan.. situ la

      Padam
  13. saya gelak masa baca ini entri sb ada lipas ada kejung tak masa jumpa tuh? bro kalau bukan harga orng sponser berapa? hrp bro blh pm kt saya dlm blog sana tq

    BalasPadam
  14. pemandangan sungguh cantik sy tengok dari sini puas hati heee..pst..seronok depa beranak pi pos gambar dalam hotel an tepi pantai

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1st time aku jumpa pantai yg tak ramai org, landai dan boleh mandi dgn best.

      Padam
  15. bro saya pernah pergi PD tapi dah lupa-lupa ingat..10 tahun yang lepas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena repeat nih, sbb ada byk perubahan

      Padam
    2. insya Allah kalau ada rezeki..lama juga tak berbulan madu kat situ erk!

      Padam
  16. Wow! cantik PD sekarang ni. Kawe dah lama tak pegi sana walhal masa kecik2 dulu tiap2 dua tiga bulan sekali mesti pi sana. Hmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedak mandi laut gu

      Padam
  17. aiza baru sekali ke PD.. itu pun hantar adik pergi bekursus di sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. singgah2 pantai le.. best

      Padam
    2. singgah sekejap je.. pada masa tu air tengah pasang.. tak dapat la jalan-jalan di pesisiran pantai tu..

      Padam
  18. best tu bercuti di PD..dapat tenangkan fikiran. Puteri memang suka pergi PD :)

    BalasPadam
  19. Avilion nie rasanya tempat paling hot sekali kat pd sekarang...one thing best lepak PD ini ialah tempat dia senang kalau nak cari makanan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2, kedai mkn byk..halal2

      Padam
  20. Emm seronoknya naikbot..kolam pun sedap gok..adusss kena pergi ni..tapi tak tau bila lah..haha

    BalasPadam
  21. Best pergi jalan-jalan PD. Bercuti dalam negara jimat sikitkan. Ada rezeki lebih boleh pergi tempat lain pula.

    BalasPadam
  22. nampak cam best jek.. bole plan masa akan datang :)

    BalasPadam
  23. Pergh!!

    Lawanya gambar.

    Teringin nak pergi.

    Daripada pergi dengan awek, baik bercuti dengan family.

    Lagi bagus. Jauh maksiat. heheh ..

    BalasPadam
  24. saya pernah sampai ke pd tapi lepak dekat pantai sahaja

    BalasPadam
  25. pd tak terkalah, bila2 masa boleh pegi, dekat jer

    BalasPadam
  26. boleh saya tau deposit yang dikenakan brapa untuk menginap di hotel ini??

    BalasPadam
    Balasan
    1. deposit, saya booking dgn telefon, takde bayar apa2, lepas tuh masa check in, guna kredit kad. harga bilik ni tak silap saya rm190, lepas ambil kira korporat rate.

      Padam