Home » , » Betul ke harga power bank ni? Atau ada lagi murah..

Betul ke harga power bank ni? Atau ada lagi murah..

Sejak aku letak email aku kat newsletter lazada nih, macam-macam promosi yang lazada hantar. Emm.. nasib baik lah aku takde duit ooo.. kalau tak, mahu aku rembat gajet-gajet yang aku rasa harganya boleh le tahan murahnya, kalau time sale ler kan. Sekarang ni pulak ada sale gila-gila kat lazada ( sale hujung tahun kot ) dan untuk entri kali nih, aku nak kongsi kan skit  produk yang lazada email kat aku dan juga aku masuk site lazada dan tengok produk yang aku anggap murah la ( bagi aku la ).

Macsonic Portable Battery Bank 12000mAh White



Nampak tu, Macsonic Portable Battery Bank 12000mAH, RM65 jer.

Sekarang ni ramai yang guna smart phone, kalau selalu main game, bateri cepat habis oooo, power bank memang di perlukan terutama kalau kita keluar jalan-jalan atau travel seperti aku pergi Desaru hari tuh, saat-saat indah tak dapat di lepaskan. Sanggup caj batteri smart phone kat kaunter hotel.

Ini cara-cara belian dengan lazada

Sony MN2 Smart Watch Black with 2 Wristbands



Terbaik, tapi yang ni hari ni sahaja.

Mak aiii... smart phone yang banyak fungsi ni, dapat kat budak-budak remaja buat stail kemain nih. Orang-orang dah tak sesuai gajet-gajet cam nih. Elok sangat kalau nak beli gajet time-time promosi hujung tahun nih kat mana-mana kedai pun. Kat lazada aku nak kongsi sini, sempena sale ni ( aku tengok kat website dia ), ada additional 10% less kalau guna kad kredit visa. Jadi kalau memang dah berkenan lama dengan gajet-gajet nih, elok sangat lah tuh beli masa sale nih dengan kredit kad visa. Kalau banding dengan Samsung Galaxy Gear, sapa menang ni?

Beli dengan kredit kad visa untuk dapat tambahan 10% diskaun!


Kawan aku ada beli produk kat lazada dan jual balik ooo... power bank yang harga rm90, aku tak ingat brand mana satu. Dia promote kat kekawan facebook, ada order baru dia beli kat lazada dan bagi kawan dia, senang gak cara cam tuh, rezeki dia.

Inilah kelebihan belian online ni, tu je aku nak kongsi sebenarnya.



Terima kasih kerana membaca Betul ke harga power bank ni? Atau ada lagi murah... Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



19 Komen:

  1. macam dah keperluan dah power bank ni, susah kalau takde terutamanya kalau kat luar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju setuju, kalau kat luar mmg perlu

      Padam
  2. Buat masa ni tak guna lagi power bank tu. Tapi akan datang ni perlu kut...sbb dah on the move semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau duduk rumah dgn tmpt keje jer, tak perlu lagi kot

      Padam
  3. saya guna handphone jenis tahan bateri sahaja..no mms,internet dan games..tak perlu pulak power bank!

    p/s:Entri terbaru saya.... Blogger Aka Pegawai Pemasaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. uiks. ni stail lama lagi nih, belum termakan jerat smart phone lagi atau p un bateri belum kong lagi nih

      Padam
    2. masih tak mampu sebenarnya..


      p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

      Padam
  4. sye pkai henset cikai je, power bank tu sgt2 tak diperlukan..
    ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. jimat2, bleh kahwin 2

      Padam
  5. muah sgt tu..hati2 dgn power bank made in china ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya betul, kalau boleh beli yg branded

      Padam
  6. setakat hari ni puteri belum lagi memerlukan power bank..hehe

    BalasPadam
  7. Cantik pulak jam tu..tapi kos tak ada..adehhhh..belanja bro..bleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. adusss....buat masa ni belum bleh belanja lagi bro, lain kali ada rezeki boleh tuh

      Padam
    2. Hahaha..semoga bro murah rezeki selalu dah dapatlah belanja saya jam tu..aminnnn..haha

      Padam
    3. ada rezeki boleh tuh payung tu bro

      Padam
  8. Nasib baik la aku jarang duk luar

    BalasPadam
    Balasan
    1. duduk zon agak selesa tuh

      Padam