Home » , , , » Pulai Desaru Beach Resort - Pengalaman bercuti

Pulai Desaru Beach Resort - Pengalaman bercuti

Cuti Deepavali lepas, aku sempat pegi jalan-jalan kat Johor plak, biasa kat belah-belah pantai timur tuh, biasa sangat. Lagipun hujan sekarang ni tak sesuai ke pantai timur. Kali ni ke selatan, Johor. Pulai Desaru Beach Resort and Spa menjadi tempat tinggal kali nih. Sebelum pegi, hotel kena settle dulu beb sebab musim cuti ni biasanya ramai orang kat hotel takut takde kosong plak kan. Sebelum-sebelum ni aku pernah kongsikan pengalaman aku jalan di Awana Kijal Terengganu, perabih duit di Melaka, Teluk Batik, Cameron Highland dan Langkawi. Kalau dapat duit dari join mana-mana contest seperti Contest SEO Eridy.com boleh gak buat jalan-jalan. Takkpun duit dari kerja sampingan/parttime atau duit dari blog yang senang nak buat nih.

Pulai Desaru Beach Resort Dan Spa

Jalan ke Desaru dari KL



Kat Pulai Desaru Beach Resort and Spa ramai orang Singapura duduk sini, bercuti. Local ada jugak la. Dalam 4 jam perjalanan dari KL, ambil PLUS highway, keluar kat exit Senai Utama, lalu JPO ( Johor Premium Outlets ) masuk Senai-Desaru Expressway, keluar dekat dengan Desaru. Senangje cari jalannya, tahu membaca jumpa lah tuh.



Yang Hampeh



Sampai hotel pukul 4.30 petang, bilik ada kosong sebab dah book awal-awal tapi belum kemas le pulak, tunggu jap sambil ronda-ronda. Pukul 6.30 petang, bilik belum kemas lagik. Apa punya servis la Pulai Desaru Beach Resort and Spa ni ( kasi nama buruk skit  hoho ). Buat-buat muka masam skit, siap le bilik.

Aktiviti di Desaru

Semua gambar di ambil dengan smartphone lenovo yang aku dapat percuma tempoh hari. Tapi aku nak cadangkan korang kalau pergi bercuti, kena bawak power bank  untuk caj smartphone. Rugi kalau tak boleh nak abadikan detik-detik manis  bersama keluarga.

Mandi kolam


Resort ni tepi laut, budak-budak memang suka berendam dalam air kolam hotel nih, view cantik baq hang.





Gua pandai berenang bro.


Makan malam ni Restoran Terapung Seafood Bujang Fire Fly


Restoran ni atas air beb, terampung-ampung. Makanan seafood, harga boleh tahan mahalnya kalau banding dengan restoran kat Shah Alam. Kat sini jugak ada boat untuk pergi tengok kunang-kunang selama 20 minit. Malam tengok-tengok view kat tepi pantai dekat dengan hotel, fuhhh... segarnya rasa di tiup angin sepoi-sepoi bahasa.


Esoknya...


Lepas breakfeast, mandi kolam lagik. Aikk... banyaknya mandi kolam.



Aku suka makan nih... kentang





Lepas tuh check out hotel, pergi jalan-jalan cari makan di Sungai Renggit, dengar citer best makan kat sini.


Ini yang special kat Sungai Renggit nih.





Johor Premium Outlets (JPO)


Lepas makan, kenyang, pegi cari JPO ( Johor Premium Outlets ). Tempat beli barang-barang branded yang harga mahal-mahal tuh, tapi cukai takde. Kalau dah ada plan nak beli beg ke, kasut ker, sini bagus le sebab takde cukai kan.







Aku beli ni jer...



Balik ke KL malam-malam buta, dari JPO pukul 8 malam, sampai rumah sudah letih ooo, duit pun habis.Keseronokkan bercuti ni memang best, terutamanya budak-budak. Dengar pergi hotel je, melompat-lompat.


Terima kasih kerana membaca Pulai Desaru Beach Resort - Pengalaman bercuti. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



22 Komen:

  1. Boleh dijadikan tempat honeymoon nanti hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. elok sangat le tuh bro, jalan pegang2 tgn ditepian pantai.

      Padam
  2. pukul 6:30 bilik baru siap, menguju kesabaran tu. yang warna kuning kat sungai rengit tu nampak sedap je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu namanya abc mangga ( kalau tak silap )

      Padam
  3. Mula-mula dulu ingatkan kat JPO ni boleh dapat barang branded murah sebab tak kena cukai katanya. Bila pegi hari tu, tengok harga lebih kurang Al-Ikhsan kat KL je. Terus cancel tak jadi beli. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. brh2 kat situh yg mahal2 jer.

      Padam
  4. saya pun rasa terliur tengok yang berwarna kuning dekat sg rengit tu

    BalasPadam
  5. gua suka pantai..tp tak pernah sampai Desaru

    BalasPadam
  6. saya pasang impian untuk pergi ke situ..

    p/s: Entri terbaru saya bertajuk- 7 Halaman Ping Yang Popular [Edisi Kemaskini]

    BalasPadam
    Balasan
    1. gua dah try ping2 ni, ada yg berjaya, ada yg gagal

      Padam
  7. Balasan
    1. kalau ada brg nak beli, elok gak ke sana.

      Padam
  8. Bro, cap puma tu untuk saya ke???haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti gua buat kontes hadiah cap puma ori nih... hoho

      Padam
  9. Assalam
    Jalan-jalan ke Tanjong Balau jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanjong2 ni aku pun suka

      Padam
  10. geram tengok kolam renang, dah lama tak mandi kolam renang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandai berenang ke tak ni bro?

      Padam
  11. nak tanye.. kat lotus desaru tu boleh mancing tak? agak agak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mancing ehh....erm.. boleh ( ni agak2 jer ).

      Padam
  12. tempat yang menarik... kalau aku bercuti mesti cari pot yang boleh memancing

    BalasPadam